Kenyang sampai ke malam, ini premis sarapan pagi yang sajikan menu 'rare' dan ekstravaganza. Harga pun okey
MENU sarapan pagi seperti nasi lemak, roti canai atau roti bakar memang sudah terlalu biasa.
Adakalanya, kita rasa bosan. Sekali-sekala nak juga makan sesuatu yang berbeza dan ekstravaganza.
Jika ada rajin untuk mengeksplorasi tempat-tempat makan di Taman Tun Dr Ismail, Bangsar, Mont Kiara mahupun di Damansara, Kuala Lumpur, terdapat banyak menu sarapan yang rare yang disediakan untuk pengunjung yang berselera besar.
Antaranya seperti set stik, laksa Vietnam, sandwich dinasour, spageti, asam pedas dan macam-macam lagi.
Macam pelikkan makan menu-menu yang disenaraikan itu dijadikan sarapan pada waktu pagi kan? Itulah yang dinamakan kelainan.
Rasanya kalau makan untuk sarapan, tak perlu lagi makan tengah hari dan mungkin makan malam?
Hasil carian SinarPlus menemui beberapa premis yang menyediakan hidangan rare yang boleh dicuba seisi keluarga.
Ada di antaranya yang hanya buka empat jam sahaja. Terdapat juga premis yang dibuka dari awal pagi hingga tengah malam.
Rancanglah waktu ya kalau nak ke sana. Difahamkan harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Berikut destinasi-destinasi yang boleh anda singgah:
1. Cafe Salim
Alamat: 4819, Jalan Cempaka, Meru, Klang, Selangor
Waktu operasi: 7 pagi hingga 12 tengah hari
Menu: Set breakfast rib eye steak, set omlette, french toast dan breakfast burger
Facebook: Cafe Salim
2. Dinosaurs Sandwich
Alamat: No. 27, Medan Station 19/9, Station 18, Ipoh, Perak
Waktu operasi: 11 pagi hingga 9 malam
Menu: Dino Toast, Dino Crispy Chicken Toast, Sandwich Daging Salai dan Korean Chicken Wings Dino
Facebook: Dinosaurs Sandwich
Baca juga 5 destinasi makanan laut celup tepung viral, RM10 satu pinggan memang cukup berbaloi
3. Warung Hujung Minggu
Alamat: No 8B, Lot 7458, Jalan Sungai Kantan, Taman Sri Kantan, Kajang, Selangor
Waktu operasi: 7.30 pagi hingga 11.30 pagi
Menu: Laksa Johor, lebih 20 lauk tempatan dan Asam Pedas Daging Tetel,
Facebook: WARUNG HUJUNG MINGGU
4. Warung Dapur Cipuk
Alamat: Jalan Bukit Serampang, Kampung Penchu, Gerisek, Tangkak, Johor
Waktu operasi: 8 pagi hingga 1 tengah hari
Menu: Mee Pho, laksa Vietnam, vietnam spring roll, kopi Vietnam dan Spageti Daging Salai.
Facebook: DAPUR CIPUK
Baca jugaKafe atas bumbung jadi lokasi romantik, bajet bawah RM100 dan bonus spot ‘Instagrammable’
5. Hanana Station
Alamat: 40, Ground Floor, Jalan BP 6/13, Bandar Bukit Puchong, Puchong, Selangor
Waktu operasi: 7.30 pagi hingga 1.30 tengah hari
Menu: Sate, roti titab, kacang pol dan Mi Bandung Muar Power
Facebook: Hanana Station - Satay Muo
Baca juga 5 ‘lokasi panas’ salai masak lemak viral, premis nombor 3 memang rugi kalau tak cuba
Menarik dan memang jarang-jarang jumpa. Bagi anda yang mahukan menu yang berbeza pada cuti hujung minggu, bolehlah plan ke sana.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang