7 khasiat buah naga untuk kekal cantik, sihat

A
A
A

BERITA baik buat golongan wanita, tanpa perlu bergantung pada set kosmetik atau melakukan prosedur kecantikan semata-mata korang masih berpeluang kelihatan awet muda.

Cara terbaik adalah dengan menikmati buah-buahan khususnya buah naga.

Seperti namanya, buah berbentuk eksotik itu mengandungi 1,001 khasiat bermanfaat untuk kesihatan. 

Pada masa sama, selamat dinikmati baik wanita hamil mahupun yang sedang menyusu anak.

Segmen Sihat Cantik kongsikan khsiat buah naga.

1. Melambatkan proses penuaan

Buat mereka yang tampak muda walaupun telah berusia buah naga adalah pilihan sesuai.

Antioksida dalamnya membantu menganjalkan  dan melembutkan kulit wajah termasuk bertindak melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel.

 2. Mencegah kanser

Selain dari vitamin C,  buah ini juga mengandungi karotene yang bertindak sebagai agen antikanser.  

Lycopene yang menyebabkan warna merah pada buah tersebut menunjukkan ia boleh mengurangkan risiko kanser kelenjar prostat.

3. Kesihatan jantung

Ia mengurangkan paras kolesterol ‘jahat’ dan meningkatkan paras kolesterol ‘baik”. 

Kajian menemui pengambilan buah ini mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan mencegah masalah tekanan darah tinggi.

4. Kencing manis

Kandungan serat yang tinggi dalam buah naga membantu menstabilkan paras gula. Ia juga mengelakkan peningkatan gula secara mendadak selepas pengambilan makanan manis. 

buah nagaBUAH naga bukan sahaja membantu menyihatkan tubuh badan, malah membuatkan kulit wajah anjal dan mulus.

5. Penghadaman

Serat buah naga membantu melancarkan sistem penghadaman tubuh, sekali gus mengurangkan  risiko sembelit dan masalah penghadaman lain.

6. Meningkatkan imuniti tubuh

Kandungan vitamin dan garam mineral yang tinggi seperti vitamin c, B1, B2, B3, kalsium, phosphorus, zat besi, protin dan niacin membantu meningkatkan paras imuniti tubuh badan.

7. Tulang sihat

Jika korang tidak gemar minum susu untuk mendapatkan sumber kalsium,  amalkan buah ini kerana kandungan kalsium yang tinggi serta bebas lemak.

Pun begitu, pernahkah mengalami situasi selepas makan buah naga, air kencing dan najis menjadi merah seperti mengalami pendarahan? 

Adakah ia merbahaya?  Semestinya, tidak!

buah naga

Buah naga yang berwarna merah kaya dengan sejenis pigmen dikenali betalains. 

Elemen berkenaan merupakan punca berlakunya air kencing dan najis berwarna merah.

Sumber: Public Health Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca