Khasiat keledek yang ramai anak muda tidak tahu
Ubi keledek sedap dimakan untuk berbuka puasa. Meskipun hanya digoreng tapi sungguh menyelerakan! Tahukah anda banyak khasiat ubi keledek ni. SinarPlus kongsikan.
1. Kaya dengan vitamin B6
Keledek memiliki vitamin B6 yang berupaya untuk mengurangkan kadar homosistein dalam badan di mana ia mampu menjauhkan anda daripada serangan jantung.
2. Kaya dengan vitamin C
Keledek turut kaya dengan vitamin C di mana ia bagus dalam mencegah dan melindungi badan daripada serangan bakteria yang akhirnya boleh mengakibatkan penyakit seperti demam, selesema dan batuk.
3. Mengandungi vitamin D
Keledek turut mengandungi vitamin D yang berfungsi untuk menguatkan tulang dan gigi. Di samping itu, vitamin D juga elok diambil bersama kalsium kerana ia dapat membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang.
4. Mengandungi zat besi
Zat besi di dalam keledek juga membantu dalam memberi tenaga kepada anda. Di samping ia turut mampu melancarkan penghasilan sel darah merah dan sel darah putih.
5. Sumber magnesium
Keledek juga merupakan sumber magnesium terbaik untuk badan anda. Magnesium berperanan dalam memberi rasa tenang pada badan anda dan sebagai mineral anti-stress. Di samping magnesium juga baik untuk kesihatan arteri, darah, tulang, otot dan fungsi saraf.
Ini antara khasiat dan manfaat yang terdapat di dalam ubi keledek. Sungguh banyak dan berguna untuk kesihatan tubuh badan yang lebih baik. Semoga bermanfaat.
Penulis: Suhaila Ali
Sumber: Facebook keria tanjong Ipoh dan unsplash
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang