Korang tahu tak, tauge boleh bantu cuci usus, kuatkan rambut dan penting untuk lelaki

Korang tahu tak,taugeh boleh membantu mencuci usus, menguatkan rambut dan penting buat lelaki?
Korang tahu tak,taugeh boleh membantu mencuci usus, menguatkan rambut dan penting buat lelaki?
A
A
A

SEPERTI yang ramai tahu, tauge sering digunakan sebagai penambah rasa dalam masakan terutama masakan panas goreng-goreng seperti mi goreng, kuetiaw goreng dan macam-macam menu masakan lain.

Namun, tak semua yang suka tauge. Ada juga dalam kalangan kita tak berapa gemar dengan rasa tauge ini. Ada yang sanggup asingkan tauge dalam makanan mereka dan ada yang lebih teruk tidak makan langsung makanan tersebut.

Tetapi kalau korang nak tahu, tauge sebenarnya baik untuk kesihatan. Terutamanya buat individu yang sedang amalkan diet. Tak percaya?

Ini ada beberapa sebab mengapa korang perlu makan tauge terutama bagi kaum lelaki.

1) Kurangkan risiko penyakit jantung

Salah satu manfaat tauge yang paling ketara ialah mengurangkan kolestrol dalam tubuh badan. Ia mengandungi saponin yang dipercayai dapat membantu melawan lemak tidak baik tanpa menganggu kandungan lemak baik.

2) Mencegah penyakit kerapuhan tulang

Estrogen dalam tauge dapat membantu mencegah osteoporosis (penyakit kerapuhan tulang).

3) Mencuci usus

Taugeh dapat membantu membuang kotoran dalam usus besar. Ia dapat mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang pertumbuhan benih kanser.

4) Bagus untuk sperma

Ya ini penting untuk bang-abang dekat luar sana yang selama ini menolak taugeh mentah-mentah tanpa mencuba. Sila hadam kan!

Tauge juga dapat menyumbang kepada tahap kesuburan melalui beberapa kajian yang telah dibuat oleh pakar sebelum ini. Pengambilan taugeh untuk kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan dengan lebih baik.

5) Mampu menguatkan rambut

Vitaman A yang ada pada taugeh boleh merangsang folikel rambut dan kulit kepala. Jadi, ia akan membuatkan rambut lebih sihat dan kuat!

6) Mencegah Jerawat

Tidak perlu ke facial, tahukah anda sebenarnya dengan memakan tauge ia boleh menyelesaikan masalah jerawat anda. Tauge yang mempunyai omega 3 dapat mengurangkan keradangan serta jerawat pada kulit wajah.

Jadi, nak sihat tak? Lepas ni jangan lah tolak tauge lagi yer! Cuba dulu baru tahu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca