Kuali legend legam kembali berkilat, hanya guna kapur makan, tak perlu sental kuat
KUALI ‘legend’ selalu jadi pilihan mak-mak walaupun memiliki pelbagai peralatan dapur canggih. Ramai yang kata lagi lama digunakan, lagi sedap dipakai.
Kaum ibu pasti mempunyai kuali ini di rumah kan. Lepas diperturunkan beberapa generasi, kuali yang pada asalnya cantik berkilat berubah menjadi hitam legam kerana kerap digunakan atau dimakan waktu.
Selalunya kerak dan lapisan hitam degil pada bahagian belakang dan pemukaan mencacatkan rupa.
Perkongsian daripada pengguna Facebook Amy Rosina boleh dicuba. Apa yang best tentang petua ini, anda tak perlu sental kuat. Hanya menggunakan satu bahan rahsia ini selesai masalah.
“Alhamdulilahhh Ya ALLAH syukur setelah 10 tahun jadi isteri baru jumpa cara terbaik cuci kerak-kerak kuali periuk yang seusia pekahwinan.
“Tak perlu susah payah sental bagai nak putus urat lengan sampai luka jari. Tak sampai 30 minit kerak 10 tahun hilang Meh saya share untuk suri semua sama-sama kita bahagia,” katanya.
BAHAN-BAHAN
Kapur makan
Berus dawai
Pisau.
LANGKAH DEMI LANGKAH
1-Ini dia kuali legend, dan sental pun ada lagi hitam.
2-Sapu belakang kuali yang berkerak dengan kapur.
3-Kemudian cari kuali besar dan isi air. Masukkan kuali yang disapu kapur tadi ke dalam kuali besar.
4-Didihkan di atas dapur.
5-Nanti akan nampak kerak-kerap hitam akan lekang dan tanggal. Didihkan lama, lagi lama lagi bagus. Kemudian tutup api.
6-Keluarkan kuali tadi yang masih panas dan kikis kerap pada bahagian belakangnya kalau masih ada. Ia jadi lembutdan senang dikikis menggunakan pisau.
7-Kerak yang tertanggal boleh dibersihkan menggunakan berus dawai.
8-Nah dah berkilat. Dari langkah sapu kapur, rebus dan kikis masa diambil tak sampai 30 minit.
Kini sudah tahu cara yang mudah apa kata buat pada kuali legend anda di rumah. Selamat mencuba!
Sumber: Amy Rosina
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang