Lebih stail dan trendy dengan koleksi Siri Monogram Carlo Rino 2022. Kena cepat 'grab'!

A
A
A

Lebih stail dan trendy dengan koleksi Siri Monogram Carlo Rino 2022. Itu kesimpulan SinarPlus apabila melihat barisan himpunan monogram jenama berkenaan.

Kali ini, label berkenaaan tampil dengan gaya (monogram) yang lebih unik dan eksklusif yang pasti membuatkan ramai mahu tidak sabar untuk memilikinya.

SELEKSI SIRI MONOGRAM 2022

Tambahan, seleksi Siri Monogram 2022 dikatakan lebih mengujakan apabila mempunyai pilihan warna lembut dan rekaan yang tersendiri.

Bukan sahaja dapat melengkapi stail untuk ke pejabat, bersama teman mahupun sekadar ke kedai runcit, pilihan beg, kasut atau barangan aksesori lain membolehkan pemakainya melaram dalam apa juga situasi.

Baca ni

BEG, DOMPET & PEMEGANG TELEFON Paling mencuri tumpuan SinarPlus adalah koleksi Monogram 2022 Carlo Rino yang didatangkan dengan beg tangan dalam empat gaya iaitu Carlo EV Divergent Bucket Bag, Carlo EV Divergent Tote Bag, Carlo EV Divergent Shoulder Bag dan Carlo EV Divergent Top Handle Bucket.

Direka dengan monogram cetakan legasi, koleksi tersebut menggabungkan fesyen dan fungsi, membolehkan anda membawanya dalam pelbagai acara, dari siang hingga ke malam.

Beralih pula kepada dompet, kali ini terdapat tiga pilihan gaya iaitu Short Wallet, 2-Fold Wallet dan Sling Clutch. Khusus buat wanita anda yang ingin menonjol dengan gaya monogram lengkap, Carlo Rino turut memperkenalkan pemegang telefon eksklusif, Logogram Sneakers dan Buckle Sandals dalam dua warna.

HADIAH TERBAIK 

Carlo EV Therapeautic Phone Holder pula direka khusus untuk meletak telefon pintar. Ia tersedia dalam dua warna soft pastel iaitu biru dan nude. MINIMALIS TETAP BERGAYA Tidak lengkap andai tiada kasut.

Justeru, Carlo Rino hadir dengan Logogram Sneaker. Tidak seperti kasut biasa, rekaan pengikat tali bersudut unik itu mampu menarik perhatian ramai. Bagi peminat warna putih dengan kemasan hitam, Sneakers Logogram adalah hadiah terbaik kerana ia kelihatan menonjol dan lain daripada yang lain.

Kepada yang gemar tampil santai, Therapeutic C Buckle Sandals pasti membantu mempamerkan keanggunan yang bersahaja buat anda yang memakainya.

Sandal kaki persegi dengan tapak berwarna krim dan tali berwarna pastel pula dilihat sebagai satu sentuhan sempurna. Rona warna yang diketengahkan mudah untuk anda suai padankan dengan apa jua busana yang disarung.

Jadi, apa lagi. Kepada peminat Carlo Rino, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan himpunan terbaharu daripada jenama hebat ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca