Makan roti canai sebesar dulang, dodol goreng untuk sarapan pagi. Menu unik bikin ramai terliur nak cuba
BAYANGKAN set sarapan pagi kalian dihidangkan di dalam bekas makanan sebesar dulang?
Bukan sahaja roti kosong, anda boleh pesan roti canai tampal telur, sardin atau bawang dan macam-macam lagi di Roti Canai Dulang yang terletak di Kampung Cherana Putih, Simpang Ampat, Melaka.
Dihidangkan bersama kuah kari, sajian berkenaan boleh dimakan di antara tiga hingga lima orang makan.
Kelainan yang dibawa oleh Razali Abdul Rahman itulah yang membuatkan premisnya sentiasa penuh dengan pelanggan sejak beroperasi 10 tahun lalu.
Selain roti canai gergasi, satu lagi tarikan menu di sana ialah dodol goreng.
Mungkin bagi orang Melaka, hidangan itu biasa, tetapi bagi penduduk luar negeri itu, pasti anda teruja untuk merasai makanan yang telah ditransisikan itu.
Baru-baru ini, perkongsian Fakhrulfoodhunter dalam akaun TikToknya 'meletup' apabila video roti canai dulang berdurasi 13 saat tersebut menjadi bualan netizen.
Roti canai lengkap dengan kuah daging masak kari yang diletakkan di tengah menu itu memang nampak menyelerakan.
Saiz dulang juga ditawarkan dengan dua jenis iaitu kecil dan besar, manakala harga ditawarkan bermula RM5 hingga RM12.
Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian yang menerima lebih 2.6 juta tontonan berkenaan turut teruja mahu mencuba kulinari berkenaan.
Berikut komen yang dikongsikan:
Terbaik ni, satu keping boleh habis makan satu hari kenyang.
Balik Melaka boleh singgah ni.
Memang terbaik, murtabak dulang kambing dan kari kambing wow.
Sudah dua kali pergi, memang sedap.
Setahun tak mengidam makan roti macam ini.
Saya seorang pun boleh habis ni.
Selain itu, perkongsian foto oleh pelanggan tak kira Melayu, Cina dan India di Facebook Roti Canai Dulang Cherana Puteh memang meriah.
Rata-rata mereka teruja untuk menikmati masakan sebesar dulang tersebut.
Baca juga Penangan kayu arang sejak dua dekad, ini rahsia roti canai milik usahawan Melaka ini terus viral
Memang orang kita kebanyakkannya kreatif bab makanan.
Selagi boleh diolah menjadi sajian unik, selagi itu mereka akan bereksperimentasi untuk kulinari baharu sebagai tarikan pengunjung.
Apa pun kita salute usaha mereka yang cuba mempelbagaikan masakan tempatan dengan cara tersendiri. Terbaiklah!
Baca juga Roti canai garing sarat dengan inti, Liang Crispy Roll tampil sajian kontemporari unik
Kalau anda berada di Melaka, bolehlah singgah ke sana. SinarPlus kongsikan butiran lanjut:
Roti Canai Dulang
- Alamat: Kampung Cerana Putih, Simpang Ampat, Melaka
- Waktu operasi: 6 pagi hingga 10 malam
- Harga: Bermula RM5 hingga RM12
- Facebook: Roti Canai Dulang Cherana Puteh
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang