Masak sate ala bazar Ramadan, tak perlu bakar atas arang, hanya guna kuali
ASYIK makan nasi je, hari ni rasa nak berbuka sate pula. Apa kata anda cuba buat sate sendiri. Ini resipi sate bazar Ramadan SinarPlus kongsikan, tak perlu bakar atas arang pun hanya masak guna kuali.
Jom buat!
Bahan-bahan:
Bahan A:1kg isi ayam/ daging
200g krimer sejat F&N
3 sudu besar madu
2 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk jintan manis
3 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar garam
Bahan B:
8 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
4cm halia
3cm lengkuas
3cm kunyit
4 batang serai
Cara-cara:
1. Kisar halus bahan B
2. Campurkan bahan A dan B pada mangkuk berisi ayam atau daging dan gaul rata
3. Perapkan ia selama tiga atau empat jam atau semalaman
4. Panaskan sedikit minyak dan stir fry kan ia
5. Tambahkan sedikit kuah perapan tadi dan masak sehingga keperangan
Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
Penulis: Suhaila Ali
Sumber: Adikfoods
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang