McD pun dah ada Menu Rahmah boleh beli bila-bila masa, 3 hidangan pilihan hanya RM5

A
A
A

McD pun dah ada Menu Rahmah boleh beli bila-bila masa, 3 hidangan pilihan hanya RM5

BERITA baik buat semua! Kini McDonald’s Malaysia atau dikenali McD atau Mekdi melancarkan Menu Rahmah untuk bantu rakyat Malaysia.

Menu Rahmah McD kini boleh didapati sepanjang hari di seluruh Malaysia, sebagai tanda menyokong usaha kerajaan menawarkan hidangan berharga RM5.

Mulai sekarang McD menawarkan tiga pilihan Menu Rahmah iaitu;

  1. Burger Ayam dan Teh Ais Limau (cawan kecil)
  2. Bubur Ayam McD (saiz kecil) dan Teh Ais Limau (cawan kecil)
  3. McEgg dan Teh Ais Limau (cawan kecil)

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, pihaknya menawarkan tiga pilihan menu berharga RM5 yang boleh didapati di semua restoran makanan segera itu di seluruh negara.

Menurutnya, usaha itu menunjukkan sokongan dan komitmen pihaknya terhadap inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sekali gus membantu masyarakat yang terbeban.

Baca juga Alhamdulillah, Menu Rahmah RM5 makan tengah hari dan malam di 15,000 premis, 15 info perlu tahu

SALAHUDDIN (tiga dari kanan) dan Melati (dua dari kanan), melakukan gimik pelancaran Menu Rahmah McDonald’s.

"Sebagai jenama yang dekat di hati rakyat, kami menyokong inisiatif yang bermakna ini dan dengan pelancaran menu ini membolehkan kami menyediakan hidangan kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang untuk bersama menikmati hidangan kami pada bila-bila masa.

"Kami menawarkan burger ayam dan teh ais limau cawan kecil, bubur ayam (saiz kecil) dan teh ais limau (cawan kecil) dan McEgg juga bersama teh ais limau (cawan kecil," katanya pada Majlis Pelancaran Menu Rahmah McDonald's Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Majlis berkenaan turut dilancarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Baca juga Berita baik! Sumbangan Tunai Rahmah keluarga pendapatan kurang RM2,500 terima hingga RM2,500, 5 info berkaitan

Pada majlis itu, McDonald's turut menyantuni anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang dengan hidangan Menu Rahmah sebagai usaha berterusan dalam menyumbang kepada masyarakat setempat.

Sempena pelancaran Menu Rahmah, McDonald’s juga mengumumkan kemunculan semula menu yang sangat dinantikan ramai sempena bulan Ramadan ini, iaitu Foldover Ayam dan Foldover Daging, yang boleh didapati di semua restoran McDonald’s mulai sekarang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca