Melawan kegatalan ekzema, elak ambil makanan ini jika tak nak kulit makin teruk

A
A
A

MENDERITA masalah kulit akibat ekzema memang satu penderitaan yang sukar digambarkan.

Bukan sahaja kulit mengelupas, pesakit akan berasa gatal seluruh tubuh badan atau melibatkan beberapa anggota sahaja termasuk timbul keradangan.

Menurut National Eczema Association (NEA), Amerika Syarikat, seramai 31.6 juta penduduknya menghidap penyakit itu. Satu daripada 10 orang bakal mengalami peradangan pada kulit.

Baca ni Anak kecil ada ekzema, kulit sensitif, produk Buds Organics boleh bantu selesaikan masalah

ekzema

Secara umumnya, terdapat tujuh jenis ekzema iaitu:

  • Dermatitis atopik (DA): Kebiasaan ia menyebabkan keradangan, kekeringan dan kulit gatal. Ia paling banyak menimpa manusia.
  • Dermatitis sentuh: Ia juga dikenali sebagai dermatitis alahan kepada sentuhan dan terjadi disebabkan oleh persekitaran.
  • Dermatitis seborrheic: Ia sejenis ekzema yang menjejaskan kulit kepala.
  • Dermatitis stasis: Berlakunya perubahan warna kulit pada kaki yang terlihat persis seperti vena varikos (salur darah timbul dan terpintal).
  • Neurodermatitis: Ekzema tersebut menjejaskan tompok kecil kulit dan menyebabkan pesakit rasa gatal dan permukaan kulit bersisik.
  • Ekzema dyshidrotic: Ekzema jenis dyshidrotic mengeringkan kulit dan menyebabkan rasa terbakar, ruam serta lepuh.
  • Ekzema nummular: Ia mengakibatkan kulit menjadi putih pucat berbentuk bulat di seluruh badan terutamanya pada lengan dan kaki.

Seperti yang diketahui ramai, biasanya pesakit akan mengalami demam alergi dan adakalanya diserang asma. Pada masa sama, mereka juga dikatakan alah pada makanan tertentu.

Baca lagi Rasa gagal jadi ibu bila anak hidap ekzema sehingga berdarah. Ini panduan berguna daripada pakar

ekzema 1

Untuk mengetahui sejauhmana pemakanan mempengaruhi ekzema, SinarPlus menemubual Pakar Pemakanan Hospital Columbia Asia Iskandar Puteri, Johor, Yap Pau Lin.

Pau Lin menjelaskan tidak semua pesakit mempunyai alahan terhadap sajian termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran.

“Sebenarnya keadaan alah atau alergi kepada makanan bukanlah punca utama kepada masalah keradangan kulit tetapi ia juga boleh disebabkan faktor lain seperti persekitaran, penggunaan bahan pencuci, cuaca dan habuk,“ katanya.

Menurut pakar itu lagi, sistem pertahanan tubuh pesakit begitu sensitif dan cepat memberi reaksi kerana badan mereka beranggapan bahawa pendedahan kepada punca ekzema adalah satu ancaman.

“Dari segi perubatan, perubahan kulit penghidap adalah disebabkan penghalang kulit yang rosak yang membolehkan alergen (bahan protein atau bukan protein yang boleh menyebabkan alahan) memasuki kulit dan bertindak balas dengan sel imun. Keadaan itu sekali gus memicu kepada keradangan,“ katanya.

Baca juga Keith Foo kongsi rahsia cegah ekzema

ekzema 2

Alergi protein

Mengulas lanjut, Pau Lin berkata, kebanyakan pesakit ekzema mempunyai alergi kepada protein.

“Antara jenis protein yang sering dikaitkan dengan alergi ekzema adalah seperti telur, soya, gluten, kekacang, ikan dan susu lembu. Hal itu kerana badan golongan itu menganggap semua makanan tersebut adalah bendasing yang berbahaya kepada tubuh.

“Bagaimanapun, tidak semua individu mempunyai alahan terhadap kesemua protein yang disenaraikan. Mereka mungkin hanya alah kepada satu jenis makanan sahaja,“ terangnya.

Justeru, apakah pemakanan yang terbaik untuk penghidap penyakit berkenaan?

Pau Lin berkata, individu yang tergolong dalam dermatitis atopik misalnya, tidak perlu menghentikan pengambilan kesemua zat protein. Ini kerana tubuh badan juga memerlukan nutrisi berkenaan untuk memperbaiki sel, menguatkan sistem imun dan juga otot.

Baca juga Ekzema, penyakit tidak berjangkit dan perlu dirawat sebelum parah

ekzema 3

“Jadi, mereka hanya perlu menghentikan pengambilan makanan yang menyebabkan alergi sahaja. Jika tak boleh makan telur, makan henti pengambilan telur sahaja,“ tuturnya.

Kepada SinarPlus, Pau Lin memberitahu, makanan antikeradangan adalah yang paling baik diamalkan.

Sehubungan itu, untuk memberhentikan jangkitan kuman pada kulit menjadi lebih serius, beliau menyenaraikan tujuh jenis makanan yang perlu dikurangkan, antaranya:

  • Makanan atau minuman bergula
  • Minyak yang mengandungi lemak haiwan
  • Kulit ayam
  • Daging yang berlemak
  • Makanan bergoreng
  • Makanan yang telah diproses (nuget, sosej dan daging burger)
  • Makanan yang mengandungi lemak trans.

 

Pada masa sama, pakar pemakanan menyarankan kepada pesakit ekzema untuk mempraktikkan pemakanan suku-suku separuh. Ia terdiri daripada suku protein, suku karbohidrat dan separuh buah-buahan dan sayur-sayuran.

“Ambillah buah-buahan yang mengandungi vitamin C dan E yang tinggi seperti kiwi dan jambu batu kerana kedua-duanya tergolong dalam makanan antiradang,“ ujarnya.

Baca lagi Jangan buang santan basi. Jadikan minyak kelapa homemade, boleh guna untuk lembapkan & atasi masalah kulit sensitif!

ekzema 4

Makanan yang boleh mengurangkan keradangan pada pesakit ekzema:

  1. Makanan yang tinggi dengan asid lemak omega-3, contohnya salmon, tuna, makarel, sardin dan herring. Makanan ini boleh membantu mengurangkan kulit kering yang disebabkan oleh ekzema.
  2. Makanan yang mengandungi tahap probiotik yang tinggi - Yogurt dengan kultur hidup dan aktif, sup miso serta tempe. Anda juga boleh pertimbangkan untuk mengambil suplemen probiotik tanpa preskripsi! Sesetengah penghidap ekzema mendapati bahawa menambah probiotik ke dalam diet mereka memberi sedikit kelegaan.
  3. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi dengan flavonoid - Epal, brokoli, ceri, beri biru, bayam dan kangkung. Flavonoid membantu meningkatkan kesihatan keseluruhan kulit seseorang dan melawan masalah seperti keradangan (yang dikaitkan dengan ekzema).
  4. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin C - Lada benggala, oren, strawberi, kembang kol, nanas dan mangga. Vitamin C adalah antioksidan yang membantu melindungi tubuh daripada tindak balas alahan.
  5. Makanan tinggi kalium - Pisang, alpukat, labu, ubi keledek, kacang putih dan salmon. Kalium adalah satu lagi makanan melawan keradangan yang boleh membantu mengurangkan gejala ekzema.
  6. Makanan yang mempunyai nilai perlindungan dan pembinaan kulit yang tinggi- Bawang hijau (tinggi dengan vitamin C), sup daging lembu atau ayam (menyediakan glisin asid amino untuk pembaikan kulit) dan oat (mengandungi vitamin E dan silika).

Ibu buat sup antibiotik ini, turunkan suhu demam, cairkan kahak si kecil

Sumber https://dermindy.com/eczema-diet-tips-6-foods-to-eat-if-you-have-eczema/

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca