Mi Kuah Udang menyelerakan, sajian pikat hati mentua

A
A
A

MI Udang salah satu kesukaan bagi mereka yang menggemari sajian makanan laut.

Kelazatan Mi Kuah Udang tentunya terletak pada rasa udang yang manis semula jadi. Kenyal dan segar, isi udang juga kaya dengan protein.

Mi yang agak tawar apabila di hidangkan dengan kuah udang yang ‘pedas-pedas manja’ membuatkan hidangan lengkap dan mengenyangkan.

Memasak sendiri Mi Kuah Udang rupanya tidak lah sesukar mana. Lebih untung jika korang memasaknya sendiri, terjamin kebersihannya dan menjimatkan kos.

Resipi yang dikongsikan pengguna Facebook Muhamad Ismail Mohd Ali cukup enak. Menikmati sajian lazat ini bersama keluarga boleh mengeratkan hubungan.

"Resipi menantu disayangi mak mertua," selorohnya.

MI KUAH UDANG

Bahan-bahan

Udang kertas laut (Kulitnya digoreng dan dikisar. Tapis  danb ambil airnya)

1 paket mi kuning

2 ulas bawang besar (dihiris)

4 ulas bawang putih (dihiris)

3-4 sudu cili kering kisar

6 sudu sup tomato

Sawi (kuantiti anggaran harga RM2.00-dipotong)

Kek ikan (dihiris)

Telur rebus

Daun bawang (dipotong)

Cili (dipotong)

Minyak masak secukupnya

Air secukupnya

Langkah-langkah

1.Tumis bawang besar, bawang putih dan cili kisar.

2.Bila dah pecah minyak, masukkan air udang. Tambahkan air secukupnya.

3.Masukkan sup tomato.

4.Bila dah mendidih, masukkan udang.

5.Masukkan pula sayur sawi.

6.Masukkan garam, penambah perisa secukupnya.

7.Masukkan mi dan kacau rata.

8.Sedia untuk dihidang dan dinikmati!

Baca juga: Senang dan enak! Resipi kek buah paling simple guna 3 bahan

Jom follow Sinarplus di Instagram!

Sumber: Muhamad Ismail Mohd Ali

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca