Modal RM10, tanam sayur dalam beg tanah, tak perlu buat batas
JIKA kawasan rumah anda terhad ruangnya namun anda ingin menanam sayur-sayuran, cara ini boleh dipraktikkan. Ia bukan sahaja tidak memerlukan belanja yang besar malah lebih praktikal terutamanya bagi mereka yang baru mula berjinak-jinak dengan aktiviti berkebun.
Melalui satu hantaran yang dimuat naik pengguna Facebook, Matt Pucuk Tunas Garden berkongsi tip cara-cara untuk menanam sayur dalam beg tanah plastik. Lebih menarik lagi, kos yang diperlukan hanya serendah RM10.00!
Baca juga: Petua pokok mangga berbuah lebat dan rimbun, hanya guna minyak masak terpakai
Istimewanya melalui teknik penanaman ini, anda tidak perlu membeli pasu dan membuat batas di atas tanah yang lapang.
Anda hanya perlu menanam sayur-sayuran di atas ‘batas’ yang merupakan beg tanah sahaja. [BELI DI SINI]
Baca juga: Cara mudah tanam pokok daun sup, guna batang dan akar, tak perlu benih
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Ambil beg tanah yang dibeli dan cucuk permukaan bawahnya menggunakan pensel . Pastikan 30 lubang kecil dihasilkan. Lubang ini diwujudkan bertujuan sebagai laluan akar serabut turun ke bawah dan membolehkan pokok yang ditanam tahan lebih lama jika kurang disiram.
2. Manakala bagi permukaan atasnya, potong beg tanah plastik membentuk empat segi. Lipat plastik ke atas sebagai penutup. Ketika memotong pastikan sisi plastik berbaki dua hingga tiga inci daripada bahagian agar tanah tidak terkeluar jika hujan.
3. Selepas itu anda boleh memulakan proses penanaman benih sayur yang dihajati. [BELI DI SINI]
4. Menurut beliau, plastik tanah tersebut akan mereput dalam tempoh satu tahun. Selepas itu anda boleh menggunakan semula tanah tersebut kerana ia semakin 'kaya' dengan bahan organik.
Teknik menanam sayur-sayuran di dalam beg tanah plastik ini sangat menjimatkan masa dan tenaga buat anda yang baru memulakan aktiviti kebun.
Menurut Matt, lebih banyak lubang akar ditebuk maka pokok sayur-sayuran ditanam rapat. Dengan itu, lebih banyak sayur-sayuran dapat dihasilkan dan dituai.
Baca juga: Senangnya tanam kangkung dalam baldi, tak perlu guna racun serangga. Jimat dan selamat!
Kredit: Matt Pucuk Tunas Garden (Berkebun Di Rumah)
Oleh: Norhasliza Mohd Shafi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang