Paru goreng berlado memang terangkat habis

paru berlado
paru berlado
A
A
A

BERBAKI 11 hari saja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Syawal iaitu bulan yang dinanti-nantikan oleh semua. 

Pasti idea untuk menyediakan juadah berbuka semakin menipis. 

Haa.. usah risau kerana kali ini SinarPlus ingin berkongsi satu resipi iaitu paru berlado.

Sedapnya paru berlado, dimakan pula bersama nasi panas, memang terangkat habis. 

Sebelum SinarPlus berkongsi resipi ini, terima kasih buat Norzehan Mohd Idris kerana berkongsikan masakan paru berlado dalam entri beliau di laman Facebook. 

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaan:

Bahan-bahan

  • 1kg paru
  • 6 biji cili merah
  • 6 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Garam
  • Gula
  • kunyit
  • Asam keping
  • Asam jawa
  • Halia

Baca juga: Selalunya Hijau Kali Ini Biru, Tepung Pelita Bunga Telang Sungguh Menggiurkan

Cara penyediaan

1. Rendam paru seketika bersama garam kemudian cuci paru sehingga bersih. 

2. Seterusnya, rebus paru bersama asam keping, halia dan garam selama 15 minit ke 20 minit.

3. Kemudian, potong nipis paru supaya tekstur rangup apabila digoreng.

4. Gaul paru bersama garam dan kunyit kemudian goreng sehingga hilang buih dan angkat.

5. Seterusnya, kisar cili merah, cili padi, bawang besar dan bawang putih.

6. Kemudian, tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak dan masukkan asam jawa, garam dan gula.

7. Potong kasar bawang besar dan masukkan ke dalam bahan yang ditumis dan kacau sehingga bawang layu. 

8. Masukkan paru yang telah digoreng dan kacau sehingga kelihatan agak kering. Siap! Sedia untuk dihidangkan.  

Memang mudah masak paru berlado menggunakan resipi Norzehan Mohd Idris ini. 

Selamat mencuba!

Baca juga: Mudahnya Buat Biskut Sarang Semut, Hanya 8 Langkah

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca