Resipi homemade pizza comel
TERINGIN nak makan piza? Tapi tak boleh keluar sebab tengah covid-19? Jangan risau anda buat je piza sendiri kat rumah. Mudah dan sedap.
Bahan-bahan:
Roti
Sos prego original
Sosej
Ayam
Nanas
Lada bengala
Bawang Holland
Keju
Cara-cara:
1. Hiris nipis ayam, sosej, nanas, lada bengala dan bawang Holland (boleh guna bahan lain untuk toping ikut yang anda suka)
2. Sediakan roti dan renjiskan sedikit air pada permukaan roti.
3. Sapukan sos prego tradisional ke atas permukaan roti.
4. Letakkan semua toping tadi ke atas roti yang sudah disapu sos.
5. Taburkan keju di atasnya.
6. Bakar dengan suhu 160 degree Celsius selama 15 ke 20 minit.
7. Siap!
Kini boleh dinikmati bersama keluarga. Mudah dan sedap!
Penulis: Suhaila Ali
Foto: Buat orang lapo
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang