Resipi kek marble jelita viral tanpa ovalet pun jadi

Untitled design (51)
Untitled design (51)
A
A
A

'KEK marble jelita' nampaknya semakin popular akhir-akhir ini. Warna marble nya yang terang dan menarik barangkali antara sebab ia menjadi perhatian.

Ramai yang memberikan respons yang tular di media sosial bahawa rasanya pun boleh tahan. Tak ubah seperti rasa kek marjerin orang dulu-dulu.

Bagi yang lebih selesa menggunakan butter atau mentega, tak salah juga untuk menggantikan ia berbanding pakai marjerin.

Gunakan kreativiti masing-masing untuk melakarkan coraknya. Ada juga yang melukis sekuntum bunga mekar di atas kek.

Tidak kurang pula yang mencorakkan kek ini dengan beberapa kuntum mawar merah yang berdaun hijau. Mungkin inilah juga masa untuk kita berkarya di atas kek...

Ini resipi yang dikongsikan Lailatul Hafizi

Resipi Kek Marble Jelita Viral

Bahan A

5 biji putih telur (kuning telur diasingkan)5

50 gram gula kastor

Bahan B

5 biji kuning telur (putih telur diasingkan)

250 gram marjerin (jenama Pelangi)

200 gram gula kastor

1 sudu esen vanila

Bahan C

200 gram tepung naik sendiri (self raising flour)

1 sudu kecil serbuk penaik

50 ml susu segar

Jom ikuti cara membuatnya pula:

1. Gabungkan putih telur dan gula. Pukul sehingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.

2. Dalam mangkuk lain, gabungkan gula, marjerin, kuning telur dan esen vanila. Pukul sehingga kembang. (Jika anda mahu, anda juga boleh menambah 1 sudu besar ovalet.)

3. Seterusnya, ayakkan tepung ke dalam adunan.

4. Masukkan pula susu segar secara berselang seli dengan tepung.

5. Apabila adunan sudah sebati, gaulkan putih telur yang dipukul menggunakan senduk dengan perlahan. Gaul sehingga sebati.

6. Kemudian, agihkan adunan kepada 4 bahagian. Guna warna terang dan kontras seperti merah, biru, hijau untuk mendapatkan hasil yang cantik.

7. Griskan loyang dengan mentega dan kertas minyak.

8. Lapiskan adunan mengikut warna yang berbeza. Mulakan dengan warna merah jambu, biru dan hijau. Simpankan separuh adunan untuk dicorakkan di atas kek.

9. Ratakan adunan warna hijau di atas kek. Kemudian, sudukan adunan warna merah jambu dan hitam di setiap penjuru dan warna biru di tengah.

10. Sebelum mula menghias kek, panaskan ketuhar terlebih dahulu kepada 180°C.

11. Dengan menggunakan lidi, corakkan adunan dengan menggabungkan warna-warna.

12. Masukkan kek ke dalam ketuhar dan bakar pada 150°C hingga 160°C selama 50 minit hingga 1 jam.

Apabila Kek Marble Jelita sudah siap, inilah hasilnya. Gebu dan memang cantik memandang!

Sumber resepi: Azlina Ina Fans

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca