Resipi roti jala lembut tak mudah basi, hanya guna sukatan cawan

A
A
A

ROTI jala adalah antara sajian popular dihidangkan pada hari raya. Digandingkan dengan cecahan kari ayam atau daging, sajian itu ringkas namun menjadi rebutan.

Kini roti jalan diberi nafas baru dengan pelbagai warna menarik. Malah ada yang membentuknya menjadi kelopak bunga, cantik sangat!

Menyediakan sendiri roti jala bukanlah sukar. Namun untuk mendapatkan tekstur roti jala yang lembut dan tidak mudah rosak, anda perlu menggunakan bahan dan teknik tersendiri.

Baca juga: Puding Mangga jadi rebutan bulan Ramadan, kombinasi 3 lapisan mengasyikkan

Seperti yang dikongsikan pengguna Facebook, Raja Amanina. Resipi roti jalanya bukan sahaja boleh bertahan lama, bahkan ia lembut walaupun lama terhidang.

“Roti jala lembut dua hari pun masih elok tak basi. Saya bagi resepi untuk sukatan sekilo tepung dan tiga cawan tepung,” titipnya.

Tidak hanya itu, Raja Amanina turut berkongsi cara menjala dan acuan yang digunakan.

Resepi Roti Jala Lembut (untuk sukatan 1 kilogram (kg) tepung)

Bahan-bahan

-1 kg tepung gandum

-4 biji telur

-1/2tin susu cair

-4 tin( airsukat guna tin susu)

-4 sudu makan minyak

-2 sudu makan gula

-1 sudu teh garam

- Pewarna yang disukai

Cara penyediaan

1. Gaul sebati atau kisar menggunakan alat pengisar sehingga bahan menjadi halus.

2. Tapis dan perap sekejap

3. Untuk jala yang pertama sapukan sedikit minyak pada permukaan kuali.

Baca juga: Paru goreng berlado memang terangkat habis

Roti Jala Lembut (sukatan 3 cawan tepung)

Bahan-bahan

-3 cawan tepung gandum

- Sebiji telur

-setengah cawan susu cair

-2 cawan setengah air

-1 sudu teh gula

-Secubit garam

-2 sudu besar minyak masak

-Pewarna

Cara penyediaan

1. gaul sebati atau kisar menggunakan alat pengisar sehingga bahan menjadi halus.

2. Tapis dan perap sekejap

3. Untuk jala yang pertama sapukan sedikit minyak pada permukaan kuali.

Baca juga: Puding Santan Gula Perang pencuci mulut, penyejuk tekak kala berbuka

Kari Ayam

Bahan-bahan

-1ekor ayam

-8 biji bawang merah

-4 ulas bawang putih

-3 inci halia

-2 tangkai daun kari

-2 paket kecil serbuk kari

-2 sudu makan cili giling

-Rempah tiga sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)

-2 keping asam keping

-Santan secukupnya

-Gula dan garam secukup rasa

-Kentang dipotong kecil

-Minyak untuk menumis

Cara penyediaan

1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama daun kari dan tiga sekawan hingga wangi.

3. Kemudian masukkan cili giling dan rempah kari yang di bancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.

4. Masukkan ayam dan asam keping.

5. Apabila ayam separuh masak, masukkan pula kentang dan santan.

6. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

7. Renehkan kari ini sehingga kuah sedikit pekat dan pecah minyak.

Selamat mencuba!

Baca juga: Nasi Daging Utara sedap dan mudah, aromanya membangkitkan selera

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca