Resipi warisan hampir 50 tahun, mi sup daging ikonik dengan sentuhan tradisi Malaysia

A
A
A

BERITA baik buat peminat makanan berasaskan mi sup daging apabila cawangan terbaharu, Tangkak Beef Noodle House kini dibuka di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jenama terkemuka Johor itu menawarkan resipi warisan berusia hampir 50 tahun dengan pilihan daging standard terbaik yang diimport khas dari Hereford Australia.

Pengarah Tangkak Beef Noodle House, Au Ai Leen berkata, pihaknya teruja untuk meneruskan hidangan legasi di ibu kota untuk menarik lebih ramai pelanggan.

“Resipi istimewa yang kami tawarkan menjadi kebanggaan kerana rasanya yang luar biasa. Ini kerana ia mengambil masa yang lama untuk dimasak demi mencapai rasa yang sempurna.

mi sup

“Kini tersedia untuk komuniti halal dan kami berharap lebih ramai orang menyokong Tangkak Beef Noodle House dan restoran lain yang turut menyajikan hidangan asli lokal,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis perasmian yang turut diserikan dengan ketibaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom Abdullah.

 

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Berhad,Tan Tee Ming; Pengasas Tangkak Beef Noodle House, Au Ah Kuang dan Pengerusi Yayasan OrphanCARE, Tan Sri Faizah Mohd Tahir.

mi sup

Baca juga Bangganya, Penang White Curry Noodles dipilih mi sup segera terbaik di Amerika Syarikat

Ujar Ai Leen, beliau turut menyasarkan sasaran 50 cawangan untuk tempoh lima tahun akan datang.

mi sup

Uniknya tentang sajian mi, bihun atau nasi yang ditawarkan di Tangkak Beef Noodle House, seleksi sup All Mix membolehkan pelanggan menikmati pelbagai pilihan potongan daging seperti perut, tendon, campuran usus dan banyak lagi.

Baca juga Resipi mi sup pedas ala Cina paling mudah nak buat, sedapnya hirup kuah panas-panas

Info menarik mengenai sejarah restoran tersebut, ia bermula daripada sebuah gerai mi sup daging yang ditubuhkan pada tahun 1976 di Tangkak, Johor.

mi sup

Pada awalnya, Restoran Kuang Fei diberi nama sebagai penghormatan kepada bapa pengasas yang juga pencipta resipi asal mi sup daging ala Hainan dengan sentuhan tradisi Malaysia.

Bagaimanapun, penjenamaan semula nama kepada Tangkak Beef Noodle House selepas pembukaan cawangan halal pertama di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, Selangor pada tahun lalu.

mi sup

Sempena pelancaran majlis sama, sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Yayasan OrphanCare.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca