Sedapnya puding karamel telur, ini resipi untuk 42 bekas, confirm tak hanyir dan laku keras

A
A
A

PUDING karamel ada pelbagai versi namun resipi original yang menggunakan telur tetap menjadi pujaan ramai.

Masakan tidak, rasanya yang lemak hasil daripada gabungan telur dan susu serta gula hangus menjadikan setiap suapan sangat padu.

Ramai yang dimomokkkan dengan penggunaan telur dalam puding menjadikan ia hanyir. Hakikatnya, kenyataan itu tidak tepat sama sekali!

Resipi dikongsikan Cik Markonah ini boleh dijadikan panduan. Tidak hanya enak, puding gula hangus buatannya cantik tidak berongga.

Baca juga: Comel & sedapnya puding sumi, ini resipi untuk 25 bekas, simple tapi laku keras

Baca juga: Resipi puding tembikai sedap dan mudah, guna roti dan blend je!

Kredit foto: Facebook Cik Markonah

“Ada peminat puding caramel telur tak? Yang ini memang tak berbau telur langsung.

“Tak perlu buang tali pusat telur, asalkan menggunakan telur yang fresh,” kongsinya.

PUDING CARAMEL (100 peratus telur)

(adunan menghasilkan lebih kurang 42 bekas 4 oz)

BAHAN-BAHAN

Adunan puding

18 biji telur gred B atau C

1 tin susu pekat

3 tin susu cair

2 sudu kecil Sunquick

3 penutup esen vanila

700 ml air biasa (letak air dalam tin susu dan kocak. Sukat air menjadi 700ml untuk elak pembaziran)

Gula hangus/ karamel

1 kg gula

600 ml air panas

CARA PENYEDIAAN

1-Gula dicairkan di dalam kuali.

2-Apabila sudah bertukar warna keemasan, campurkan air panas.

Begini cara penyediaan karamelnya (Kredit foto: Facebook Cik Markonah)

3-Hati hati panas ya. Karamel ini jgn guna semua. Hanya letak satu hingga dua sudu besar sahaja untuk setiap bekas. Bakinya simpan dalam peti sejuk.

4-Campurkan semua bahan puding masuk dalam satu bekas besar.

5-Telur dikisar menggunakan blender sebentar. Agak-agak hancur, tapis (menggunakan penapis besi yang jarang sedikit) dan tuang ke dalam adunan.

6-Lepas semuanya kacau sebati semua, tapis sekali lagi menggunakan penapis paling halus ke masuk dalam jag supaya senang dituangkan ke dalam bekas.

Kredit foto: Facebook Cik Markonah

7-Tuang adunan puding ke dalam bekas yang dah diisi gula hangus tadi.

8-Tutup bekas dengan penutupnya, letakkan sahaja jangan tutup rapat.

Kredit foto: Facebook Cik Markonah

9-Kukus puding dengan api sederhana kecil selama 15 minit. Periksa sebelum angkat. Jika belum masak sambung kukus selama tiga hingga lima minit.

Selamat mencuba!

Baca juga: Rahsia buat puding mangga yang cepat, mudah dan pasti menyelerakan

 

Sumber: Cik Markonah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca