ShopeeMall X Philips lebih meriah, rebut peluang penjimatan berganda dengan baucar kedai lebih 50 peratus
KEMERIAHAN jualan sempena minggu gaji nampaknya semakin gamat dengan promosi hebat ShopeeMall X Philips.
Jenama terkemuka tersebut melancarkan model baharu, Philips Air Performer 7000 series dengan dua fungsi mantap.
Selain menjadi fitur pembersih udara yang dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan dua dalam satu, ia juga boleh bertukar menjadi kipas bergerak.
Sistem penyejuk berkuasa tinggi yang diperkenalkan juga bukan biasa-biasa.
Ini kerana ia dilengkapi dengan 10 kelajuan hingga 1,730 meter padu perjam dan airflow rotation boleh diubah hingga 350 darjah.
Paling menarik, alat pintar tersebut boleh menyedut habuk atau zarah sekecil 0.003 mikron hingga 99.97 peratus.
Jadi, kalian tidak perlu bimbang jika si kecil mempunyai alahan debu atau hama kerana Philips Air Performer 7000 series boleh membantu.
Ciri Philips NanoProtect HEPA juga mampu menyakinkan pembeli kerana dilengkapi tiga penapisan dengan fungsi, antaranya menyekat sisa rambut, membasmi virus dan bakteria serta bau tidak menyenangkan.
Harga yang ditawarkan bermula RM1,799 selepas diskaun 4 peratus. Harga asal bermula RM1,869.
Untuk lebih penjimatan, jangan lepaskan peluang untuk tebus baucar kedai bernilai hingga 50 peratus dengan pembelian minimum RM1.
All In One Cooker Pressurized
Tidak terkecuali, Philips memperkenalkan periuk tekanan baharu buat peminatnya, All In One Cooker Pressurized pada harga berbaloi.
Selain menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus untuk setiap pembelian model tersebut, kalian juga akan diberikan hadiah percuma.
Apa yang menarik tentang Philips All In One Cooker Pressurized? Berikut perincian:
i) Fungsi memasak sepantas 30 minit dengan ciri sistem kawalan rasa yang mampu menghasilkan makanan yang lebih lembut dan berjus.
ii) Teknologi Rapid Pressure Release yang dikendalikan secara automatik dengan tempoh memasak 50 peratus lebih cepat.
iii) Lebih 35 pilihan program menu selain fungsi memasak perlahan dan stim.
iv) Dilengkapi aplikasi NutriU untuk resipi masakan mudah.
v) 18 ciri keselamatan, antaranya child lock, butang tambah perisa ketika memasak, auto pressure release dan set memanas 12 jam.
Menarikkan? Harga ditawarkan RM799 berbanding harga asal, RM899.
Promosi vakum & air purifier
Bagi menyelesaikan masalah bulu haiwan peliharaan bertaburan di ruang rumah, Philips mengadakan promosi menarik buat pencinta si bulus.
Hanya terbuka untuk model penyedut habuk dan pembersih udara, Philips menawarkan 16 item dengan potongan harga hingga 30 peratus.
Pada masa sama, Philips juga menjalinkan kerjasama strategik bersama jenama popular seperti Whiskas, IAMS dan Cesar.
Baca juga Lebih senang, natural dan bayi pun tak merengek. Inovasi botol susu Royal Philips memang terbaik
Diskaun sebanyak 8 peratus ditawarkan tanpa sebarang pembelian minimum. Pastikan kalian dapatkan kod baucar Shopee untuk harga lebih murah.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati ekstra penjimatan pada harga berpatutan. Cepat-cepat chup item idaman sebelum kehabisan stok!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang