TV rosak naik jalur-jalur, jangan terus buang. Lelaki ini kongsi tip repair guna pita pelekat jer

A
A
A

TV rosak naik jalur-jalur, jangan terus buang. Lelaki ini kongsi tip repair guna pita pelekat jer

PERNAH tak televiyen milik anda tiba-tiba tidak berfungsi dan naik jalur-jalur?

Puas membelek dan cuba perbaiki tetap tidak berubah.

Pasti waktu itu dalam fikiran kita televisyen berkenaan sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Sebelum anda ambil keputusan untuk membuang peranti itu atau mendapatkan yang baharu, apa kata cuba tip yang dikongsi oleh Eezwan Manaf.

Baca ni 'Mop legend' tetap pilihan. Gelagat Feeya Iskandar kemas rumah sebelum keluar 'me time' raih pujian

Eezwan memuat naik perkongsian menerusi laman Facebook miliknya.

Sebelum itu ceritanya, cerita smart televisyen miliknya berdepan dengan masalah jalur-jalur.

"Tengah tengok televisyen, tiba-tiba berjalur dan terus tak ada gambar. Dalam hati habislah kopak duit," ujarnya.

GOOGLE CARA BAIKI

Ekoran itu, beliau menghubungi seorang juruelektrik untuk bertanya sama ada televisyen miliknya masih boleh dibaiki atau sebaliknya.

Menurut juruelektrik berkenaan, Liquid Crystal Display atau LCD iaitu penampilan layar yang diperbuat daripada bahan kristal cair model televisyen miliknya sudah tiada stok.

"Saya cuba Google tentang cara baiki televisyen rosak berjalur ni dan jumpa banyak artikel yang berkongsi satu video ni kat Youtube.

Menariknya, salah satu tip yang dikongsikan itu menggunakan pita pelekat dan caranya juga cukup mudah.

Justeru, Eezwan terpanggi mencuba tip yang dikongsikan walaupun televisyen berbeza jenis dan jenama.

 

"Beberapa kali saya cuba sehingga akhirnya berjaya. Maknanya pita pelekat tu berjaya. Gembira bukan main lagi kerana dapat jimat beratus-ratus duit. Alhamdulillah.

"Jadi kalau televisyen kalian naik jalur-jalur seperti yang saya alami, lebih baik baiki sendiri. Kalau hantar kedai, pasti akan tukar LCD terus," kata lelaki itu lagi.

Dengan menggunakan kepakaran teknikal yang dimiliki, satu persatu komponen televisyen dibuka.

Berikut SinarPlus ketengahkan cara buat sendiri (DIY) televisyen rosak guna pita pelekat seperti yang dimuat naik Eezwan:

1. Buka panel belakang televisyen yang mana terletak terletak PCB (Board).

Baca ni Tak sangka mop guna pencuci pinggan je, hasilnya lantai & licin berkilat. Debu-debu pasir pun hilang!

2. Cari pita pelekat.

3. Buka dua kabel yang ada pada PCB (board) dan cuba letak pita pelekat. Beliau mencuba dua hingga tiga namun masih tidak berhasil kerana tersalah letak pita berkenaan.

Baca lagi DIY pewangi semburan untuk hilangkan bau kepam dalam rumah & hilangkan habuk kipas. Mudah, jimat & tahan lama!

4. Rujuk gambar untuk memahami cara-caranya.

 

Sumber: Facebook Eezwan Manaf

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca