Udang tiga rasa ala Thai mudah, ratah pun sedap!
UDANG merupakan makanan yang kaya dengan nutrisi penting seperti protein dan bersifat antioksida yang memberi manfaat buat tubuh badan.
Rasanya yang sedap menjadikan ia sebagai lauk pilihan dan kegemaran ramai orang kita.
Udang boleh dimasak dengan pelbagai cara di antaranya gril, panggang, goreng, ataupun dijadikan bahan utama dalam kuah.
Selain itu, udang juga sangat sedap dimasak tiga rasa iaitu pedas, manis dan masam ala Thai.
Sangat lazat dijamu bersama nasi panas, malah ratah begitu sahaja pun sedap!
Cukup rasa buat penuhi selera korang dan cara membuatnya sangat mudah.
Bahan;
Isi udang dicelur (kopek kulit tinggalkan janggut dan ekor sahaja)
Bahan Sos;
- Cili kecik tumbuk bagi lumat (ikut pedas yg dimahukan)
- Limau nipis 2 biji (ambil jusnya)
- Serbuk cili kering
- Halia muda dicincang halus
- Daun ketumbar dicincang halus
- Gula perang (gula biasa pun boleh)
Cuba juga Kerabu udang ala Thai home made, ratah pun sedap!
Cara membuatnya;
1. Gaul sebati bahan sos dan perasakan dengan garam (nak tambah sos ikan pun boleh).
2. Gaul bahan sos dengan udang yang sudah dicelur (boleh ganti bahan seafood lain).
Cuba juga Udang masak bawang sedap sangat, gerenti tak pandang lauk lain
3. Sekejap sahaja bahan sos akan meresap dalam udang. Siap dihidang!
*Boleh juga dicampur bersama sayuran lain seperti lobak merah, bawang besar dicincang dan sebagainya.
Selamat mencuba!
Sumber: Qema Fazri
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang