Nanas celup tepung, ringkas dan menyelerakan
ADA banyak 'stok' nanas kat rumah tu tapi tak tahu nak buat apa? Selain boleh buat jus atau dimakan begitu saja, mungkin menu yang viral sejak beberapa bulan lalu ini boleh dicuba.
Nanas celup tepung... kedengaran menu yang agak unik kan? Bagi yang belum merasai keenakannya atau tambahan pula kepada peminat nanas, harus mencubanya.
Selalu kita hanya dengar pisang, cempedak, ubi goreng bukan? Apa kata kali ini anda mencuba menu agak menarik ini. Mungkinkah nanas dimasak sebegini akan mengurangkan rasa perih berbanding jika ia dimakan begitu saja?
Ha... nak tahu jawapannya perlulah cuba sendiri resipi yang dikongsikan oleh Arra Wady Zayyad Shafi ini...
Artikel berkaitan: Resipi air nanas soda yang wajib dicuba, sangat menyegarkan!
Resipi nanas celup tepung
Bahan tepung:
Tepung beras secukupnya
Sebiji telur
Air kapur
Pewarna
Secubit garam
Air
Cara-caranya:
1. Sebiji nanas dikupas kulit dan dipotong mengikut sebanyak mana yang diperlukan.
2. Bancuh telur, garam, air kapur dan pewarna. Masukkan tepung dan air kacau. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Masukkan nanas dan goreng. Siaapppp...
3. Tip agar tepung menjadi rangup, pastikan air kapur mencukupi.
Selamat mencuba!
Kredit : Arra Wady Zayyad Shafi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang