[VIDEO] Pumpkin Bua Loy pencuci mulut labu comel

A
A
A

RAMAI lagi tak yang belum cuba membuat dan merasa pencuci mulut yang tular sejak tahun lalu ni? Rugi kalau tak cuba tau..

Pasti bukan sahaja si anak, yang dewasa pun akan menggemarinya

Pumpkin Bua Loy ini sejenis pencuci mulut yang berasal dari Thai.

Menurut perkongsian Zamzarina Zakaria, 39, dari Johor Bahru, Johor,  jika sebelum ini ada yang ke Thailand tetapi rasa was-was nak makan, lepas ni tak kecur air liur dah bila dapat buat sendiri kuih ini.

"Rasanya yang lemak-lemak manis, comel-comel pula tu kejadiannya, memang berbaloilah buat sendiri.

"Ada yang bertanya Pumpkin Bua Loy ni ada rasa labu atau bentuknya sahaja labu? Mestilah rasa labu, sebab dalam bahan-bahannya pun memang letak labu," katanya.

Ditanya sama ada sukar atau tidak membuatnya, menurut Zamzarina, cabaran hanya tatkala untuk membentuk 'labu' itu.

"Kita perlu pakai lidi dan bersabar untuk membentuknya. Begitupun penyediaan bahan-bahannya lebih mudah," katanya kepada SinarPlus.

Masa nak membentuk dan menggentel jadi kejadian macam ni, boleh tahan lenguh jugalah pinggang dan kaki berdiri je. Tapi lepas siap je membentuk semua ni, fuhhh lega dan puas hati sangat, kata Zamzarina.

Berikut resipi yang dikongsikan beliau.

Resepi Pumpkin Bua Loy (Pencuci Mulut Thai)

Bahan-bahannya:

1 cawan labu yang direbus dan dilecek

2 cawan tepung pulut (boleh tambah sikit-sikit lagi jika doh masih lembik)

Pewarna hijau untuk tangkai

2 cawan santan pekat

1 1/2 cawan air

1 cawan gula (boleh kurangkan/ lebihkan ikut citarasa)

Sedikit gula melaka

Sedikit garam

Sedikit halba

Daun pandan

Cara-caranya membuatnya boleh rujuk video.

https://www.youtube.com/watch?v=6m0H1NCkOzA#action=share

Hah macam mana? Mudah bukan?

"Cuma tang menggentel dan membentuk kejadian buah labu tu je perlu kesabaran sikit. Tapi bila dah siap semua, berbaloi-baloi makannya," kata beliau.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca