Wajah baharu Kotex Soft & Smooth, pilihan desain batik dengan elemen warna terang ubah stigma masyarakat
KOTEX menampilkan rekaan terbaharu yang lebih berani untuk rangkaian signatur, Soft & Smooth sempena kempen Nothing to Haid baru-baru ini.
Menariknya, desain yang diinspirasikan daripada elemen batik didatangkan dengan pilihan warna terang penuh glamor.
Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia, Radhika Agarwal berkata, Kotex Soft & Smooth memaparkan rekaan baharu yang lebih menonjol dan direka khas.
"Pendekatan berani ini bagi memastikan ia menarik untuk mencabar pendapat yang merasakan tuala wanita adalah suatu yang perlu disorok.
"Menerusi kerjasama kami dengan influencer yang popular, kami berhasrat untuk menjadikan pergerakan #PassTheKotex sebagai satu usaha nasional yang membantu menghapuskan stigma tuala wanita,” katanya.
Ujar Radhika, Kotex sentiasa bersemangat dan mengambil langkah aktif dalam menangani kemiskinan haid.
"Pihak kami berusaha untuk memperkukuhkan pengetahuan umum terhadap kitaran bulanan wanita dan menghapuskan stigma berkaitan dengan haid.
Baca juga Mahu rasa nyaman, segar, sejuk ketika datang 'bulan', boleh bertukar kepada Kotex Herbal Cool
"Stigma berkaitan haid dan tuala wanita amat meluas dalam kalangan masyarakat buat sekian lama. Kita perlu mengambil langkah yang lebih proaktif untuk menangani stigma supaya kemajuan kaum wanita tidak ketinggalan dalam hal dunia dan ekonomi," katanya.
Kotex turut menjemput semua wanita dan remaja perempuan, malah golongan lelaki juga untuk menjadi sebahagian daripada pergerakan #PassTheKotex ini dengan rasa bangga!
Untuk menyertai usaha ini, kalian hanya perlu:
1. Memuat naik post di Instagram atau Tiktok yang menampilkan cara anda #PasstheKotex dengan kreatif dan menyeronokkan kepada seorang rakan bersama kami.
2. Pastikan anda menggunakan hashtag #PassTheKotex apabila membuat post berkenaan.
3. Jangan lupa untuk tag @kotexmy!
Sertai pergerakan #PassTheKotex sekarang untuk merebut peluang memenangi BOLD KIT yang dipenuhi pelbagai hadiah menarik bernilai RM150!
Selain itu, lima penyertaan paling kreatif akan memenangi baucar Zalora bernilai RM500 setiap seorang.
Di Malaysia, Kotex telah berjaya memperkasakan lebih daripada 1 juta wanita dan remaja perempuan sejak 20 tahun lalu menerusi pelbagai program dengan usaha sama pihak sekolah, universiti dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO).
Kotex turut menyumbang lebih 100,000 pek produk tuala wanita sejak enam bulan lalu bagi membantu wanita dan remaja perempuan yang memerlukan di seluruh negara.
Baca juga Sejak kecil mahu jadi sukarelawan, Dr Fatimah kini terus giat perjuang isu kemiskinan haid
Jenama itu juga memberi sokongan kepada Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls), Women’s Aid Organisation (WAO), World Vision dan pelbagai pihak lain untuk membantu mangsa bencana banjir pada Disember tahun lalu.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.kotexshecanproject.com/ atau kunjungi Facebook dan Instagram Kotex untuk maklumat lanjut.
Kalian juga boleh dapatkan Kotex Soft & Smooth di Lazada dan Shopee.
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang