Siapa kata wanita kulit gelap tak sesuai calit gincu warna merah cili
Bersama Model dan Instafamous, Jaja Talib
SOALAN
SAYA wanita yang berkulit gelap, tetapi teringin untuk mengoles lipstik rona merah terang. Adakah pemilihan rona itu bersesuaian dengan ton kulit saya?
- HAFIZAH RAZAK, PASIR GUDANG, JOHOR BAHRU, JOHOR
JAWAPAN
SAMA seperti puan, saya juga tidak terkecuali berdepan dengan situasi sama. Tidak dinafikan sesetengah wanita berkulit gelap atau hitam manis, ragu-ragu untuk mengoles gincu warna merah.
Mereka menyifatkan nuansa terbabit hak milik mutlak wanita berkulit cerah, walhal ton kulit gelap juga ideal dan cantik memakai lipstik warna tersebut.
Pemilihan warna merah membantu membuatkan kulit wajah kelihatan lebih cerah, berseri dan sihat.
Bagaimanapun, bagi golongan yang memakai hijab, jika ingin memilih gincu warna sedemikian pastikan anda menyarungkan koleksi busana dan selendang rona yang bersesuaian.
Misalnya, puan menggayakan baju kurung kain kapas warna merah dan tudung coklat ton lembut, maka olesan gincu merah antara yang ideal kerana ia menyerlahkan penampilan.
Atas faktor tersebut sebagai salah individu yang berkulit gelap, saya ingin menyarankan agar wanita tidak sesekali memilih gincu warna merah jingga.
Untuk pengetahuan puan, gincu palet jingga boleh membuatkan wajah bertambah gelap, kusam dan paling membimbangkan barisan gigi kelihatan kuning.
Disebabkan itu, saya lebih cenderung menyerikan bibir dengan lipstik nuansa merah cili bagi menyuntik penampilan ceria sama ada ke pejabat, bersantai, kuliah ataupun menghadiri majlis keramaian.
Pun begitu, dalam bidang penggayaan dan solekan, para wanita khususnya berkulit gelap jangan sesekali berasa takut untuk berekperimentasi.
Kita perlu yakin dan bersyukur dengan warna kulit kurniaan ILLAHI memandangkan kecantikan adalah hak milik setiap insan.
View this post on Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang