Waze kini tampil dengan kemaskini Moods yang comel giler!

Waze kini tampil dengan kemaskini Moods yang comel giler!
Waze kini tampil dengan kemaskini Moods yang comel giler!
A
A
A

APLIKASI Waze kini dilihat cukup terkenal untuk panduan arah perjalanan pemandu hari ini.

Popularitinya di Malaysia sehinggakan telah wujud istilah ‘Waze’ untuk mencari arah dalam kalangan pemandu tempatan.

Ia seolah menjadi seperti carian Google yang dirujuk untuk mencari apa-apa maklumat di internet tapi Waze pula untuk mencari lokasi atau penunjuk arah paling cepat atau terdekat. Betul tak?

Terbaharu, bagi meraikan kembalinya warga Malaysia ke jalan raya, Waze telah memperkenalkan identiti jenama dan Moods baharu bagi menyuntik lebih banyak keseronokan dalam setiap perjalanan.

Waze diasaskan daripada idea ringkas yang mana dengan bekerjasama, masyarakat dapat menjadikan pengalaman di jalan raya menjadi lebih baik.

Sama ada korang Happy, Wild, Zombified, atau apa sahaja perasaan yang korang alami, terdapat mood untuk semua orang menggambarkan perasaan mereka semasa dalam trafik, dalam semua detik-detik yang berbeza perjalanan mereka dan membuat orang tersenyum, walaupun korang tidak banyak sebab untuk tersenyum.

Selain daripada Moods, Waze turut memperkenalkan sebuah palet warna serta bahasa visual baharu berdasarkan jalanan dan peta yang boleh dilihat menerusi laman sesawang Waze, e-mel dan saluran sosial.

Menurut Ketua Kreatif Waze, Jake Shaw, pembaharuan jenama ini merangkumi pengalaman Waze yang unik secara visual, dengan format grid, Moods dan palet warna baharu bagi meraikan kegembiraan yang mereka cuba bawa ke jalan raya.

Comel bukan? Setidak-tidaknya bila korang terperangkap dalam trafik yang sesak, terpandang Mood comel ni mungkin sejuk sikit hati tu kan?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca