Umrah terpaksa ditangguh, individu pulang bermula 3 Jan wajib kuarantin ditentukan NADMA

Iklan
Indonesia tergolong senarai 20 negara dilarang Arab Saudi, ibadah umrah terpaksa ditangguhkan lagi

UMRAH ditangguhkan. Malaysia memutuskan menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari ini sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Langkah itu diambil berikutan peningkatan kes varian Omicron dalam kalangan jemaah umrah.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ), berikut info mengenainya;

Iklan

1. Tangguhan umrah dibuat selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdasarkan penilaian risiko situasi varian Omicron di dalam dan luar negara khususnya di Arab Saudi.

2. Perbincangan khas bersama beberapa agensi terbabit umrah diadakan disusuli Mesyuarat Khas Kuartet yang dipengerusikan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, semalam.

Iklan

3. Hasil perbincangan itu kerajaan memutuskan tidak ada perjalanan mengerjakan umrah selepas tarikh berkenaan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

4. Tempahan tiket penerbangan perjalanan umrah yang baharu ditangguhkan berkuatkuasa hari ini.

4 kes varian Omicron dikesan di S’wak, berikut 6 info mengenainya

9. Sekiranya bergejala, lakukan ujian pengesanan menggunakan ujian kendiri RTK Ag dan melakukan ujian RT-PCR pada hari kelima.

10. Jemaah umrah hanya akan diberi pelepasan dari perintah pengawasan dan pemantauan pada hari kelapan, sekiranya tiada lanjutan kuarantin serta keputusan ujian RT-PCR pada hari kelima negatif.

Kanak-kanak 8 tahun rakyat Malaysia pertama positif varian Omicron, 8 info ringkas berkaitan

Sementara itu, KJ turut memaklumkan seramai 1,306 jemaah umrah positif Covid-19 dan 64 kes terkini dijangkiti varian Omicron.

Beliau menasihati jemaah yang baru pulang dan sedang menjalani kuarantin di rumah supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara kuarantin yang ditetapkan.

Katanya, kegagalan mematuhi arahan dikeluarkan oleh Pegawai Diberi Kuasa mengikut Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) boleh dikenakan tindakan undang-undang.