4 kes varian Omicron dikesan di S’wak, berikut 6 info mengenainya

A
A
A

VARIAN Covid-19, Omicron menggerunkan kerana mempunyai 32 mutasi spike protein iaitu dua kali ganda banyak daripada varian Delta.

Golongan yang tidak berisiko juga berdepan kemungkinan dijangkiti penularan varian baharu itu yang disifatkan lebih cepat menular.

Di kala negara bergelut dengan situasi bencana, kes melibatkan strain baru B.1.1.529 yang pertama ditemui di Gauteng, Afrika Selatan itu kini semakin bertambah.

Terbaru, empat kes membabitkan varian itu dikesan di Sarawak.

Baca juga: Varian Baru Covid-19, Omicron Boleh Cetus Pandemik 2.0, 10 Fakta Penting Mengenainya

Berikut fakta kes Omicron di Sarawak setakat ini:

1. Satu kes membabitkan seorang lelaki berusia 52 tahun yang pulang dari Nigeria. Dia telah menjalani ujian calitan pada 19 Disember.

2. Satu kes membabitkan lelaki berusia 19 tahun yang pulang dari United Kingdom (UK) yang melakukan ujian calitan pada 14 Disember.

3. Kedua-dua kes di atas dikesan di Bintulu, Sarawak.

4. Dua lagi kes melibatkan wanita dikesan di Kuching.

5. Wanita berusia 25 tahun pulang dari UK telah membuat ujian calitan pada 22 Disember.

6. Manakala satu lagi kes lain ialah seorang wanita yang tidak mempunyai sejarah perjalanan, mungkin kes penularan tempatan.

Gambar hiasan.

Maklumat berkenaan dikongsikan Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof David Perera.

Memandangkan kes varian Omicron kes tempatan dan mungkin mudah merebak dalam masyarakat, Perera menggesa orang ramai supaya berhati-hati semasa meraikan sambutan Krismas, cuti Tahun Baharu dan hujung tahun tidak lama lagi.

Selain mengambil dos penggalak, Perera menasihatkan agar orang ramai mematuhi prosedur operasi standard ketat dan mengelakkan berhimpun bagi mencegah penularan lebih teruk.

Baca juga: Kanak-Kanak 8 Tahun Rakyat Malaysia Pertama Positif Varian Omicron, 8 Info Ringkas Berkaitan

Baca juga: 10 Info Kes Pertama Omicron, Walau Tidak Menular, Kontak Rapat Negatif, KJ Mohon Waspada

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca