Keliru identiti, Aboi si lembu jinak, bermanja dengan tuannya persis seekor kucing

Iklan
2

LAZIMNYA kucing mempunyai cara tersendiri bermanja dengan tuannya. Antaranya ialah dengan cara menggesel badan dan menyondolkan mukanya.

BARU-baru ini tular di media sosial betapa jinaknya seekor lembu dengan pemiliknya.

Iklan
Iklan

Video yang dimuat naik pengguna laman sosial TikTok, Arshad Azzwani memaparkan gelagat seekor lembu bernama Aboi yang sangat mesra.

Iklan

Baca juga: [VIDEO] Kejam! Anjing dijerut leher, dibungkus di dalam guni. Nasib baik sempat diselamatkan pencinta haiwan

"Budak 'mengada' si Aboi.

Iklan

"Lembu-lembu ini semua ni memang ‘very gedik’ dengan tuan dia,” tulisnya.

Video berdurasi 32 saat itu meraih hampir sejuta tontonan dan menerima lebih 90,000 tanda suka.

Warga maya rata-rata terhibur dengan aksi Aboi. Tidak kurang juga yang melucukan.

-"Alolo manja mengalahkan kucing pula.”

-"Awak ingat awak berat 100 kilogram (kg) ke? Beratus-ratus kilogram tahu tak? Kasihanlah tuan awak tu. Comel sangat.”

-"Inilah kesan pengaruh rakan sebaya. Selalu lepak dengan kucing macam ini lah kejadiannya.”

-"Bila bela dan sudah manja begini sanggup atau tidak untuk berpisah dengan dia. Kalau sudah tiba masa untuk jual dia atau sembelih? Saya pula yang sedih.”

-"Binatang pun mahu belaian, perhatian dan kasih sayang.”

-"Hubungan luar biasa antara dua jiwa.”

Hubungan akrab haiwan dan manusia tidak dapat disangkal lagi. Apatah lagi jika ia dibela sejak kecil, ia tidak mustahil berlaku.

Baru-baru ini SinarPlus pernah melaporkan seekor gorila bernama Ndakasi yang hidup di sebuah taman negara di Republik Demokratik Kongo menghembuskan nafas terakhir di dalam pelukan penjaganya.

Baca juga: Gorila Pernah Viral Kerana Swafoto, Mati Dalam Pelukan Penjaga

Sumber: TikTok @arshadazzwani