KEJAM dan tidak berperikemanusiaan! Itulah sikap si pelaku yang hilang pertimbangan apabila hilang nilai kemanusiaan terhadap seokor anjing.

Bukankah semua makhluk ALLAH di muka bumi ini harus dilindungi, disayangi dan dihormati bukannya dizalimi tanpa belas kasihan.

Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial mengenai seekor anjing ditemui dalam keadaan leher dijerut. Lebih menyedihkan dibuang pula di dalam guni!

Bagaimanapun, kehadiran seorang wanita yang bertindak pantas membuka bungkusan guni itu telah menyelamatkan haiwan terbabit.

Agak-agaknya sudah berapa lama ia terkurung di dalam bungkusan itu. Jika terlewat barangkali boleh mati akibat lemas dan dehidrasi.

Pun begitu, sebagai seorang Muslim wanita berkenaan memakai sarung tangan getah dalam melunaskan tanggungjawab menyelamatkan anjing yang tidak berdosa itu

Usaha murni pengguna TikTok @aqilahyuhanis itu meraih perhatian warga maya.

Baca juga Hari-Hari Beri Makan Kucing Dan Anjing Liar, Tindakan Bekas Guru Muzik Ini Buat Ramai Tabik Hormat

Tulisnya: “Berbuat baiklah kepada semua makhluk ALLAH. Tak rugi pun kalau kita buat baik kepada haiwan.

“Aku terjumpa makhluk ALLAH ini. Ada orang buang. Ikat leher anjing dan letak dalam guni.

“Saya pun offer untuk ambil anjing ini dan letak dekat workshop company saya kerja. Luluh hati apabila tengok air liur meleleh keluar. Mungkin disebabkan jerutan pada leher.”

Aqilah yang menemui anjing dalam keadaan menyayat hati tidak dapat mengawal perasaan hingga menitiskan air mata.

“Aku sedihlah tengok. Jap ya sayang, kesian. Huhu aku tak bolehlah sedih tengok. Air liur meleleh. Yaa tak ada air. Sian,” katanya sambil membuka ikatan pada guni tersebut dan segera menyelamatkan anjing terbabit.

@aqilahyuhanis54

Berbuat baiklah kepada semua makhluk Allah. Tak rugi pun kalau kita buat baik dekat haiwan ❤️ #fypシ #fyp #doglover #pencintahaiwan #sad #pets #pets

♬ rintihan rindu – Adek Nurul

Sesekali beliau menyeka air mata dengan lengan tatkala melihat haiwan itu tercungap-cungap sehingga meleleh air liur. Anjing itu sedikitpun tidak melawan dan duduk diam sahaja.

“Saya harap lepas ini ia terus sihat dan aktif macam biasa. Janganlah sesekali menganiaya binatang. Sebab ia juga makhluk ALLAH kat atas bumi ini,” luahnya.

Selepas beberapa jam diselamatkan, anjing tersebut sudah kembali sihat dan aktif. Bahkan, mula ‘mengecam’ Aqilah individu yang menyelamatkannya.

“Selepas beberapa jam, saya pergi tengok semula. Ia kenal saya.

“Walaupun terpaksa berpisah dengan emak dan adik-beradik lain awak akan jumpa kawan baru okey. Membesar dengan sihat dan kuat ok sayang,” tulisnya yang turut menamakan anjing itu dengan nama Boy.

@aqilahyuhanis54

Anjing ni haiwan paling cerdik. Pandai dia menghargai orang. Dia nampak happy sangat 🥲❤️ #fypシ #fyp #doglover #pencintahaiwan #pets #petslover

♬ Iris – Natalie Taylor

Menurut Aqilah, ramai yang ingin mengetahui perkembangan terkini anjing berkenaan lalu beliau memuat naik video memaparkan haiwan berkenaan aktif dan kelihatan gembira dengan suasana baharu.

Iklan
@aqilahyuhanis54

Alhamdulillah, dia sangat happy ❤️ #createkindness #spreadlove #fyp #fypシ #petslover #pets #doglover

♬ Pieces (Solo Piano Version) – Danilo Stankovic

Video yang mendapat hampir 900 ribu tanda suka dan 7.1 juta jumlah tontonan itu meninggalkan kesan dalam kalangan netizen. Rata-rata memuji sikapnya yang sarat dengan nilai kemanusiaan.

Antara komen-komen yang ditulis:

Baca juga [VIDEO]Bekas Pramugara Selamatkan Anak Anjing Daripada Hanyut

Iklan

– “Terima kasih sis and huge respect for you. Real humanity.”

– “Selamatkan anjing tidak haram. Yang haram ialah orang yang berbuat buruk kepada anjing itu. Semoga asbab anjing itu akak dimasukkan syurga tertinggi ALLAH.”

-“Kenapa buang sampai nak jerut leher? Tinggalkanlah sahaja di mana-mana dah ok daripada ia tersesksa macam ini. Tak berperikemanusiaan. Hah sivik aku sudah keluar.”

– “Anjing ini percayakan anda sis. Jika anjing menunjukkan perutnya kepada kita, maksudnya ia percayakan kita. Terima kasih selamatkan, semoga Tuhan memberkati anda.”

Sikap prihatin dan membantu haiwan yang ditunjukkan wanita itu wajar dijadikan contoh. Ingat haiwan jalanan atau terbuang jua berhak mendapat layanan baik.

Sumber: @aqilahyuhanis54