Pernah jadi kegilaan ramai, sistem operasi BlackBerry ditamatkan 4 Januari

Iklan
1

BAGI korang yang menlalui zaman remaja pada tahun 2000-an, pasti tidak ketinggalan melihat kewujudan telefon BlackBerry yang menjadi idaman ramai.

Antara sebab ia ingin dimiliki ramai ialah sistem mesej BlackBerry Messenger (BBM) yang membolehkan pemiliknya boleh berkomunikasi dengan rakan  dengan mudah.

Iklan
Iklan

Selain itu, papan kekuncinya juga dalam susunan QWERTY membolehkan pemilik menaip menggunakan ibu jari.

Pendek kata jenama Blackberry paling ‘gempak’ hingga ia mendominasi pasaran telefon pintar ketika itu.

Iklan

Bagaimanapun, setelah kemunculan telefon jenis Android dan iPhone, BlackBerry berhadapan persaingan hebat.

Iklan

Baca juga: Hilang di Ipoh, jumpa di Grik, hasil kerja ala FBI, pemuda jejaki telefon hilang tak sampai 24 jam

Syarikat berpengkalan di Kanada itu dalam kenyataannya memaklumkan kini mereka tertumpu kepada perkhidmatan perisian dan keselamatan pintar. Bagaimanapun, proses peralihan dijalankan secara tersusun dan berperingkat.

"Sejak beralih kepada perisian perusahaan dan syarikat keselamatan siber, kami telah menerima soalan tentang rancangani untuk menyediakan sokongan berterusan untuk BlackBerry 7.1 OS dan peranti BlackBerry 10 yang lebih awal."Pada 2017, kami komited untuk menyediakan sekurang-kurangnya dua tahun lagi sokongan untuk BlackBerry 10 dan sekurang-kurangnya dua tahun akses rangkaian BlackBerry untuk peranti BBOS.

"Pada 4 Januari 2022, peranti yang berjalan pada tawaran perkhidmatan ini melalui sambungan pembawa atau Wi-Fi tidak lagi berfungsi termasuk untuk data, panggilan telefon, SMS dan fungsi 911.

Menurutnya, penamatan tawaran perkhidmatan dan infrastruktur itu juga akan memberi kesan kepada fungsi untuk aplikasi seperti Enhanced Sim Based Licensing (ESBL) / Identity Based Licensing (IBL), alamat e-mel yang dihoskan BlackBerry, BlackBerry Link, BlackBerry Desktop Manager, BlackBerry Blend, BlackBerry Protect (membolehkan pengguna untuk mengunci, mencari atau memadam BBOS, peranti BlackBerry 10 dari jauh. Bagaimanapun tiada kesan kepada BlackBerry Protect baharu

Mungkin ramai yang mengimbau kenangan bersama telefon jenama ini. Berikut 5 fakta mengenai BlackBerry:

1. BlackBerry diasaskan oleh syarikat dinamakan Research in Motion pada tahun 1996.

2. BlackBerry pertama kali dikomersialkan pada tahun 1999 sebagai alat kelui ( pager).

3. Salah satu model pertama ialah yang mempunyai butang di sisi yang membolehkan pengguna menatal melalui menu dan mesej.

4. Kecederaan ibu jari yang disebabkan oleh penggunaan telefon jenama itu dikenali sebagai Berry Thumb.

[caption id="attachment_69198" width="800"] BlackBerry 8700[/caption]

5. Lima model paling popular ialah BlackBerry Torch 9800, BlackBerry Storm2 9520, BlackBerry Bold 3 9780, BlackBerry Curve 3G 9300 dan BlackBerry Curve 8520.

Baca juga: Sedang mencari telefon harga bajet? Ini 5 senarai terbaik harga bawah RM500

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Blackberry, Business Insider, New York Times, Tech PP

Foto: Pocket Lint