Kalau sudah rezeki, pasti tidak ke mana. Walaupun hilang di Ipoh, telefon bimbit milik seorang pemuda akhirnya ditemui daerah Grik yang terletak 130 kilometer dari ibu negeri Perak itu.

Pengalaman lelaki ini, yang juga pengguna Twitter, Aidil Akhlaken yang kehilangan telefon bimbitnya di sebuah restoran di Ipoh dan menemui peranti itu semula dalam masa kurang 24 jam di daerah berlainan meraih perhatian warga maya.

Foto: moneycontrol.com

“iPhone aku hilang dekat di Greentown Ipoh jumpa dekat Grik dalam semak samun.

“Tidak sampai 24 jam dapat trace location, apps find my iPhone memang function teruk,” ciapnya di Twitter.

Katanya, pencuri meletakkan telefon berkenaan di dalam plastik sebelum membuangnya di tepi jalan.

Baca juga: Kumpul Duit Syiling Lebih 4 Tahun, Peniaga Jalanan Ini Mampu Beli Kereta Idaman Secara Tunai Buat Ramai Kagum

“Orang tu buang iPhone aku dekat tepi jalan dalam plastik tepi jalan macam ni, tracking find my iphone jumpa dekat sini,” kongsinya.

Dalam pada itu, Aidil turut berkongsi usaha yang dilakukan untuk menjejaki telefon berkenaan.

“Selepas satu malam kitorang buat kerja FBI, Alhamdulillah dapat trace last location iPhone.

“Malam tu semua terus jdi hacker dekat group discord.

“Hahahahah cuba ler kome search nombor ni (76 33300 Batu Dua, Perak) keluar kat mana. Kat Grik keluar nanti. Hilang kat Ipoh, jumpa dekat semak samun area Grik, miracle happen to me yesterday,” kongsi Aidil.

Baca juga: Danesh Raj Nagarajan Pengarah Universiti Malaya Termuda Dalam Sejarah

Video 23 saat dikongsikan Aidil memaparkan telefon berkenaan dijumpai di dalam semak meraih hampir 200,000 tontonan!

Warga maya turut berkongsi pengalaman mengalami masalah kehilangan telefon dan peranti jenama berkenaan.

Iklan

– “As long iPhone tu on, bolehlah cari. Huhu.”

– “Pengalaman cari iPhone hilang dulu memang tidak boleh lupa. Member sendiri curi, tak mengaku. Mula tak dapat detect sebab dia off phone. Once dia bukak, haa habislah kau kantoi.”

– “iPad aku seminggu hilang. Dah puas cari sebab find my iPhone memang dalam rumah. Masa tu bodoh sebab tah tahu rupanya boleh ping bunyi. Sekali ping ambik kau dalam tong sampah di studio kerja aku. Dan bateri pon tinggal satu peratus. Kalau tidak bertahlil lah aku 40 malam.”

– “Sekecil kecik airpod pun dia boleh trace, inikan iPhone.”

Iklan

Untuk pengetahuan semua, terdapat beberapa perisian yang menawarkan kebolehan untuk menemui kembali peranti yang hilang seperti Prey.

Manakala bagi iPhone dan iPad, aplikasi yang ditawarkan secara rasmi daripada Apple adalah Find My iPhone (turut dikenali dengan nama Find My iPad, Find My iPod, dan Find My Mac).

“Find My iPhone” adalah salah satu aplikasi yang ditawarkan oleh Apple membantu pengguna untuk menemui dan mendapatkan kembali sebarang peranti iOS yang hilang.

Aplikasi ini berfungsi melalui penggunaan akaun Apple ID yang secara automatik didaftar ke iCloud. Ia memerlukan sambungan Internet sama ada melalui WiFi ataupun talian selular untuk berfungsi.

Baca juga: Empat Hari Beristerikan ‘Rice Cooker,’ Lelaki Akhirnya Bercerai

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Twitter @aidiltaksalah