SIAPA sangka di sebalik kebahagiaan yang dipaparkan di laman sosial, pelakon Irwansyah dan isteri, Zaskia Sungkar sedang berhadapan masalah selepas adiknya memalsukan tanda tangan untuk membuat pinjaman berjumlah 2 bilion rupiah (kira-kira RM600,000).
Menurut Kompas, adik Irwansyah, Hafiz Fathur dipercatai memalsukan memalsukan dokumen dengan menggunakan nama Irwan dan meniru tanda tangan pelakon itu.
Kata peguam bela Irwan, Muhammad Zakir, perkara itu hanya disedari Irwansyah dan Zaskia Sungkar selepas bank menghantar bil ke rumah mereka.
[caption id="attachment_69223" width="800"] Irwan (kiri) di samping adiknya, Hafiz Fathur.[/caption]
Setelah meneliti bil berkenaan, Irwansyah terkejut apabila dikatakan tidak membayar ansuran pinjaman di bank berkenaan.
Pihak Irwansyah turut menjalankan pemeriksaan dan mendapati terdapat banyak tandatangan palsu yang telah dibuat oleh Hafiz Fatur.
"Setelah diperiksa, saya dapati banyak surat yang menimbulkan syak yang kuat bahawa Hafiz memalsukan tandatangan Irwan dan Zaskia Sungkar untuk kepentingannya,” kata Zakir.
Kerugian mencapai 5 bilion rupiah
Irwansyah mengaku mengalami kerugian 5 bilion rupiah (kira-kira RM1,460,820) susulan pemalsuan dokumen itu.
Wang itu adalah jumlah harga rumah dan kereta Irwansyah yang dijadikan cagaran yang dipalsukan oleh Hafiz Fatur.
"Persoalannya, bagaimana Hafiz boleh mengambil tindakan yang merugikan abangnya sendiri. Irwansyah merasakan dia tidak pernah memohon pinjaman wang dan tidak pernah merungut mengenai kredit di bank," kata Zakir.
Baca juga: Dua Minggu Di Rumah, Jaga SOP, Irwansyah Terkejut Positif Covid-19 Rupanya...
Bukan sahaja kehilangan wang, rumah Irwansyah dan Zaskia Sungkar di kawasan Bintaro, Jakarta Selatan, turut dipasang papan tanda sita.
Papan tanda itu dipasang oleh salah sebuah bank kerana menyangka Irwansyah belum membayar ansuran pinjamannya, dengan jaminan berupa surat yang dipalsukan oleh Hafiz Fatur.
"Bank sudah letak papan tanda di rumah yang dijadikan cagaran," kata Zakir yang turut memberitahu rumah itu merupakan rumah kosong.
Dalam kes ini, Zakir menegaskan Irwansyah adalah mangsa.
Menurutnya, Irwansyah berharap beberapa individu yang terlibat dapat segera didedahkan dan diproses secara sah.
"Laporan dibuat untuk memperbetulkan keadaan. Siapa yang ‘bermain’ sebenarnya? Kalau ada individu yang terlibat di luar keluarga, biar dia juga ditangkap, supaya ada semunya dapat diperjelaskan," kata Zakir
Terdahulu, Irwansyah telah melaporkan Hafiz Fatur berhubung dakwaan pemalsuan dokumen kepada Polis Metro Jakarta Selatan.
Menurut Detik, Hafiz Fathur dipercayai melakukan perkara itu sejak tahun 2018. Jumlah kerugian yang ditanggung Irwansyah adalah termasuk empat buah rumah dan sebuah kereta.
Baca juga: 10 tahun menunggu, Irwansyah timang cahaya mata pertama