Awas, cantik tapi beracun! Tersentuh, termakan daun pokok ini boleh sesak nafas, bengkak lidah

Iklan
Gambar hiasan (24)

HOBI bercucuk tanam kini menjadi hobi kegemaran ramai, terutamanya selepas Perintah Kawalan Pergerakan.

Ada yang suka bertanam sayur-sayuran dan buah-buahan, namun tidak kurang yang meminati pokok hiasan untuk menghijaukan kediaman.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun ‘seni’ bercucuk tanam bukan sesuatu yang mudah untuk diceburi kerana memerlukan pemahaman dan penjagaan yang teliti.

Korang juga perlu tahu jenis pokok yang ditanam bagi mengelakkan kemudaratan kepada ahli keluarga.

Iklan

Pokok Pisang Tanah atau ‘Dieffenbachia’ ini misalnya memang cantik jika ditanam sebagai pokok hiasan.

Baca juga: Siram Pokok Salah Masa Punca Tanaman Tak Menjadi, Elakkan Waktu-Waktu Ini

Iklan

Baca juga: [VIDEO]"Keladi Mak Dah Viral..” Pokok Keladi Saiz Gergasi Belakang Rumah Tinggi Dari Bumbung

Ia juga dikenali sebagai Pokok Birah. Dalam bahasa Inggeris  pula ia dipanggil Dumb Cane kerana batangnya menyerupai tebu.

Bagi korang yang memiliki anak yang masih kecil, sebaiknya awasi mereka supaya tidak bermain dengan tumbuhan ini kerana ia boleh menyebabkan kesan keracunan yang teruk jika termakan atau disentuh.

Baca juga: Suspek Kes Curi Pokok Hiasan RM50,000 Diberkas, Wanita Harap Pencuri Dihukum Setimpal Sebagai Pengajaran

Ia juga boleh menyebabkan keradangan pada bahagian mulut, kulit dan mata.

Jika tersentuh basuhlah tangan dengan segera. Jika anak termakan atau tergigit jangan tunggu, segera bawa ke hospital.

Kesan toksik akan menyebabkan kesukaran bernafas atau lidah membengkak sehingga menutup saluran pernafasan.

Terdapat lebih kurang 30 spesies dieffenbachia. Antaranya ialah dieffenbachia amoena, Dieffenbachia candida, Dieffenbachia picta exotica, Dieffenbachia bowmannii Carr, Dieffenbachia picta, Dieffenbachia maculata dan Dieffenbachia sequine.

Baca juga: Tanam 4 Pokok Ini, Ikhtiar Pagar Rumah Dari Gangguan Makhluk Halus

Follow kami di SinarPlus!

Sumber: Public Health