Murid pakai kemeja labuh sampai ke lutut, pendedahan tidak disangka-sangka sentuh hati warga maya

Iklan
Gambar hiasan (3)

SETIAP kali bermulanya sesi persekolahan, guru akan berhadapan dengan pelbagai ragam murid-murid.

Seperti seorang murid yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini yang memakai kemeja terlalu besar dan labuh, hingga melepasi paras lutut.

Iklan
Iklan

Video berdurasi sembilan saat itu dikongsikan seorang pendidik prihatin iaitu Farrah Norashikin. Katanya dia telah melihat kanak-kanak itu ketika sedang melakukan rondaan di sekitar sekolah.

Iklan

Baca juga: Fakta pilu, 1,517 murid sekolah hilang kasih sayang ibu bapa angkara Covid-19

Tanpa berlengah, guru itu membantu merapikan murid yang dikenali sebagai Jebat.

Iklan

Lebih memilukan, menurut Farrah, kanak-kanak itu kehilangan sentuhan dan perhatian daripada ibunya sejak beberapa bulan susulan ‘diragut’ koronavirus.

"Terima kasih atas doa semua buat anak ini. Ibu dia meninggal sebab Covid -19 beberapa bulan lepas.

"Saya tidak sanggup tengok (keadaan kanak-kanak itu) tanpa perasaan,” katanya.

Turut dimaklumkan kanak-kanak itu kini tinggal bersama kakak, abang dan nenek berikutan bapanya bekerja sebagai pemandu lori.

Warga maya tidak dapat menahan pilu dan menitiskan air mata melihat keadaan kanak-kanak itu.

Malah ramai yang mendoakan kesejahteraan anak itu agar tabah menghadapi hidup tanpa ibu di sisi.

-"Jatuh air mata saya sebagai seorang ibu melihatnya. Moga awak membesar menjadi anak soleh yang berjaya dunia akhirat wahai anak.”

-"Realiti apabila emak sudah tiada. Hidup kita akan bertukar jadi gelap seketika, sementara tunggu sang suria bersinar kembali.”

-"Auto tumpah air mata tanpa aku sedari, sedihnya YA ALLAH. Semoga anak ini jadi kebanggaan ibu ayah nanti, aminn. Allahuakbar...”

-"Itu yang orang kata, hilang bapa umpama hilang dapur. Tapi hilang emak umpama hilang satu rumah, tabah ya adik”

-"Terkenang anak sendiri. Bagaimana kiranya aku tiada, bolehkah suami urus anak-anak seperti mana aku uruskan?”

Menerusi ruangan komen warganet juga turut terbuka untuk memberikan sumbangan kelengkapan sekolah buat kanak-kanak itu.

Video tersebut meraih lebih 1.8 juta tontonan dan pelbagai respon daripada warga maya.

Menerusi video berikutnya, guru berkenaan dilihat menziarahi keluarga kanak-kanak berkenaan.

"Alhamdulillah terima kasih kepada semua yang prihatin terhadap anak-anak ini. ALLAH sahaja dapat membalasnya,” katanya.

Ternyata peranan guru tidak hanya mendidik. Cakna mereka lebih daripada itu demi kemanusiaan. Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat kita semua.

Baca juga: Program vaksin Covid-19 kanak-kanak 5 hingga 11 tahun bermula Februari ini

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: TikTok cikgu-farrah