Ikan hampir 100 tahun ditempatkan di sebuah akuarium khas. Haiwan ini suka makan buah segar!

Iklan
Untitled design (3)

MENGEJUTKAN. Itu perkataan yang sesuai menggambarkan jangka hayat seekor ikan yang sudah mencecah umur hampir 100 tahun!

Menurut laporan Killen Daily Herald, ikan yang diberi nama Methuselah itu ditempatkan di Akademik Sains California, Amerika Syarikat (AS) dan dipercayai sudah berusia lebih 90 tahun.

Iklan
Iklan

Memiliki kepanjangan 1.2 meter (4 kaki) dengan berat 18.1 kilogram, ikan jenis peparu atau lungfish itu telah dibawa dari sebuah muzium di San Francisco ke Australia pada tahun 1938.

 

Iklan

Baca juga: Arapaima ikan air tawar terbesar di dunia ganggu ekosistem ikan tempatan berikut 23 spesies ikan alien lain

Baca juga: Hantar tempahan sampai ke Mexico bapa dua anak cari rezeki lebih dengan cara jual ikan channa

Iklan

Haiwan berkenaan dikatakan memiliki insang dan paru-paru, namun pihak saintis masih meneruskan siasatan terperinci mereka bagi mengetahui punca sebenar ikan tersebut mampu hidup lama.

[caption id="attachment_71329" width="800"] Ikan peparu memiliki kepanjangan 1.2 meter dengan berat 18.1 kilogram.[/caption]

"Memiliki sisik berwarna hijau yang kelihatan seperti daun segar itu kemungkinan memiliki kelebihan haiwan darat dan akuatik.

"Sebelum ini seekor ikan peparu tertua di Aquarium Shedd, Chicago, AS telah mati ketika berumur 95 tahun pada tahun 2017," kata Allan Jan yang merupakan ahli biologi akademik berkenaan.

Meskipun ikan tersebut telah hidup lama, namun para pengkaji juga masih belum mengetahui jantina haiwan terbabit.

Bagaimanapun rata-rata mereka percaya bahawa Methuselah merupakan seekor ikan betina.

Tambah Jan, Methuselah memiliki sifat seperti anjing yang suka apabila badannya digosok lembut.

"Saya akan memberitahu kepada sukarelawan agar menganggap Methuselah sama seperti seekor anak anjing yang manja dan lembut. Perkara itu akan membuatkan Methuselah berasa tenang dan nyaman," jelas beliau.

[caption id="attachment_71330" width="800"] Sifat Methuselah yang gemar dibelai dan badannya digosok tidak ubah seperti seekor anjing.[/caption]

Menurut jurucakap Akademi Sains California, Jeanette Peach, Methuselah agak memilih dalam soal pemakanan.

"Methuselah juga antara haiwan yang cerewet dan hanya sukakan makan buah-buahan segar dan bermusim serta tidak akan makan jika dibekukan," katanya.

Selain Methuselah, Akademik Sains California turut memiliki sekitar dua ekor ikan peparu yang dipercayai berusia antara 40 dan 50 tahun.

Biarpun memiliki jangka hayat yang panjang, ikan peparu merupakan antara spesies haiwan terancam.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram