BENCANA banjir yang berlaku di beberapa negeri memberikan kesan yang besar kepada seluruh masyarakat.

Tidak sekadar itu, ia malah turut “mengaruskan” banyak hidupan liar termasuklah hidupan akuatik yang berbahaya.

Beberapa penduduk merasakan bahawa bencana banjir ini turut membantu mereka untuk mudah mendapatkan ikan ataupun hidupan laut yang terlepas daripada sungai, parit mahupun kolam yang telah dibuat.

Spesies Arapaima adalah antara ikan yang banyak ditemui penduduk ketika banjir tempoh hari. Malah ia turut ditemui di Kampung Puchong Tengah baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsi orang awam, ikan yang ditangkap menggunakan jaring. Ramai berkerumun di tepi longkang untuk menangkap ikan besar tersebut dan diletakkan di daratan.

@amiraisnin Lebih kesian dekat abang tu..#fypシ #beranda #foryoupage #arapaima #kgtenggahpuchong ♬ Lottery – K CAMP

Orang ramai dilihat terpaksa bekerjasama untuk mengangkat ikan gergasi itu kerana terlalu berat dan saiznya yang sangat besar.

Arapaima atau dikenali sebagai ‘Pirarucu’ di Brazil dan ‘Paiche’ di Peru merupakan salah satu jenis ikan air tawar terbesar di dunia yang masih hidup.

Habitat asal ikan ini ialah Sungai Amazon, Tasik serta lembah berair di Amerika Selatan. 

Arapaima yang dikenali penduduk tempatan sebagai Ikan Naga itu merupakan haiwan warisan dari zaman purba yang tidak mengalami evolusi.

Ia boleh membesar sehingga sepanjang dua hingga dua setengah meter dan seberat 100 kilogram (kg). Malah ada yang melaporkan ia boleh mencapai berat badan melebihi 200 kg!

Namun tahukah korang ikan tersebut adalah salah satu daripada spesies ikan pendatang yang boleh menjejaskan ekosistem akuatik negara kita?

Selain Arapaima, berikut 23 jenis ikan asing atau ‘alien’ yang boleh menjadi pemangsa kepada ikan tempatan:

1.Tilapia atau nama saintifik Oreochomis.

2.Paddlefish atau Polydon Spathula/ Psephurus gladius

3.Kap Perak atau Hypophthalmichthys molitrix

4.Kap Kelapa Besar atau Hypophthalmichthys mobilis

5.Bandaraya atau Hypostomus.

6.Rohu atau Labeo rohita.

7.Jade Perch atau Scortum barcoo.

8.Kap Rumput atau Ctenopharyngodon idella.

9.Lee Koh atau Cyprinus carpio.

10.Ikan Buaya (Alligator Gar) atau Lepisosteus.

11.Red Claw atau Cherax.

12.Silver perch atau Bidyanus bidyanus.

13.Northen Pike atau Esox.

Iklan

14.Peacock Bass atau Chichla.

15.Flower horn atau Cichlasoma.

16.Ikan Baung Merah

17.Piranha atau Pristobrycon/ Serrasalmus / Serrasalmo / Pygocentrus / Catoprian

18.Pacu / Bawal merah atau Colosomma / Piaractus.

19.Pacu / Bawal merah atau Mylopus / Myleus.

20.Silver Dollar atau Myletes

21.Trout atau Salmo / Oncorhynchus

22.Patin Mekong atau Mekong Catfish

Iklan

23.Keli Afrika

Patin Mekong boleh mencapai berat maksimum 350 kg.

Menurut Jabatan Perikanan Malaysia, kehadiran ikan-ikan ini boleh mengganggu biodiversiti dan spesies ikan asli di perairan umum.

Malah, ia juga boleh menjadi dominan dan membiak di perairan imum serta menjadi pemangsa kepada ikan asli sedia ada di perairan.

Selain menggugat keselamatan ikan tempatan, ia juga penyumbang kepada bawaan penyakit baru dan punca sebaran serta rebakan penyakit dalam perairan umum.

Saiz ikan asing seperti arapaima adakalanya dibela sebagai ikan hiasan. Membesar hingga sukar ditampung akuarium dan dilepaskan adalah satu sebab ia kerap ditemui di perairan tempatan.

Selain itu, ritual keagamaan termasuk membayar nazar atau hajat tertentu menyebabkan kehadiran ikan asing bersifat penakluk itu.

Ia akhirnya menyebabkan populasi ikan asli di perairan darat Malaysia seperti di tasik, lombong, paya atau sungai merudum teruk dan diancam kepupusan.

Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia

Sumber video: TikTok Amira Isnin