[VIDEO]Semut kantoi bawa lari rantai emas jadi perhatian, ramai terhibur

Iklan
02

SEMUT di rumah memang boleh buat naik darah! Sebabnya tak boleh langsung tinggal makanan tak tertutup, cepat sahaja ia harung.

Lebih-lebih lagi makanan atau minuman manis, memang kesukaan semut.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Semut ni juga terkenal dengan semangat kerja berpasukan.

Iklan

Memang bekerjasama mencari makanan untuk dibawa ke sarang atau busut mereka untuk santapan si ratu.

Iklan

Ya, jangan tak percaya! Rantai emas pun nak dibawa balik sarang.

Menerusi perkongsian di TikTok milik @nayanaya51430, kelihatan sekumpulan semut membawa rantai emas dan hendak dialihkan ke tempat yang lain.

Baca juga [VIDEO]"Amat-amat besar, dahsyat.”- Telatah ‘wartawan’ cilik lapor ular sawa dalam longkang cuit hati, raih 500K tontonan

Perlakuan tersebut sempat tertangkap dan dirakam oleh pemilik rantai tersebut.

Apa yang menghiburkan apabila pemilik tersebut keliru dan hairan bagaimana sebilangan semut tersebut boleh mengangkut rantai itu.

Video berkenaan telah menjadi perhatian warganet sehingga mendapat jumlah tontonan lebih 2 juta.

Menjengah ruangan komen, rata-rata yang menonton video tersebut terhibur.

Hati-hati korang, simpan barang kemas di tempat yang selamat ya.