Tiga tahun menderita kanser ovari, pempengaruh Indonesia meninggal dunia selepas tiga minggu menikah

Iklan

TULAR di media sosial seorang pempengaruh Tiktok Indonesia, Shella Selpi Lizah meninggal dunia selepas bernikah bersama suami tercinta.

Selain aktif bersukan, Shella juga seorang pemain bola sepak wanita Indonesia sebelum mengetahui dirinya menghidap kanser ovari.

Iklan
Iklan

Pada suatu ketika, selepas Allahyarham melakukan aktiviti sukan air, merasakan sakit di bahagian perut tetapi tidak di endah olehnya dan menganggap sekadar masalah kekejangan biasa.

Namun setelah mendapat pemeriksaan kesihatan, pada 5 November Shella disahkan menghidap kanser ovari dan mempunyai ketumbuhan sebesar 5cm.

Iklan

Bermula dari itu, beliau terpaksa rela berhenti dari meneruskan kerjayanya sebagai pemain bola sepak ketika itu kerana perlu menjalani sesi kemoterapi.

Penderitaannya tidak berhenti disitu, sama seperti pejuang kanser yang lain, beliau juga mengalami keguguran rambut sehingga menjadi botak.

Iklan

Teman lelaki dan suami yang bertanggungjawab

Dalam kesungguhan Shella melawan penyakitnya, wujud sosok seorang lelaki yang setia disampingnya.

Teman lelakinya Albi Dwizky selalu mendampingi teman wanitanya dan menjaganya sehingga ke akhir waktu.

Albi tidak pernah berpaling daripada Shella walaupun mengetahui isteri tidak dapat melahirkan keturunan bagi keluarga mereka.

Keperibadian dan kesungguhan Shella untuk sembuh dari penyakitnya itu, membuatkan Albi ingin mengahwini pempengaruh Tiktok itu sebagai peneman hidup.

Kisah percintaan dan kesetiaan Albi menjadi contoh selepas Shella selamat diijabkabul bersamanya pada 14 Ogos yang lalu.

Kehidupan selepas bernikah berjalan seperti biasa dengan mengharapkan rumah tangga yang dibina dapat bertahan hingga ke anak cucu.

Namun takdir berkata sebaliknya apabila Shella menghembuskan nafas terakhir ketika usianya 21 tahun iaitu tiga minggu selepas berkahwin.

Apa yang membuatkan kisah percintaan ini lebih menyayat hati apabila arwah sempat menuliskan catatan peribadi yang ditulis di telefonnya.

Dalam coretan nota itu, arwah memohon maaf kepada suaminya kerana perlu bersusah payah menjaga dan mengurus dirinya yang sedang sakit.

"Seng (Albi), maafkan aku kerana kamu harus menjadi lelaki yang lebih kuat dari orang lain.

"Maaf kerana kita bertemu ketika aku betul-betul berada di bawah, malah sehingga ke hari ini.

Arwah turut memuji keperibadian Abli yang sentiasa melayani dirinya dengan baik sejak awal perkenalan lagi.

"Sayang, aku selalu mendoakan kamu agar segala urusan dan rezekimu dilancarkan, badan kamu sihat dan kuat untuk sentiasa bersamaku.

"Kamu tak pernah marah, tak pernah berkasar, kamu selalu menjaga percakapan dan sikap walaupun kamu perlu marah,'ujarnya.

Meninjau ruangan komen, selain menitipkan ucapan takziah, warganet turut mengucapkan terima kasih atas keiklasannya mencintai wanita serta menjadi contoh sebagai lelaki sejati.