Hebat! Wanita kudung tangan raih perfect 10, atlet memanah paralimpik ini curi perhatian dunia

Iklan

HEBATNYA atlet memanah paralimpik India, Sheetal Devi, 17, yang mencuri perhatian dunia apabila berjaya menampilkan persembahan cemerlang dalam Sukan Paralimpik Paris 2024.

Iklan
Iklan

Devi terdahulu tular dengan 50 juta tontonan menerusi satu klip disiarkan menerusi laman sosial X selepas memperolehi 10 mata penuh (perfect 10) dalam tiga panahan berturut-turut hingga meraih tempat kedua acara terbuka individu wanita.

Tidak hanya itu, Devi juga mencatat rekod peribadi terbaik 703 daripada 720 sekaligus memecahkan rekod dunia (698 mata). Namun, rekod tersebut dipadam oleh atlet Turkiye, Öznur Cüre dengan rekod 704 mata.

Iklan

Lebih mengharukan, kesempurnaan panahan yang dilakukan Devi membuatkan dunia terlupa seketika tentang kekurangannya.

"Setiap kemenangan memberi inspirasi kepada saya untuk melakukan lebih baik.

Iklan

"Saya tidak sangka akan berada di pentas ini beberapa tahun lalu. Sekarang keadaan berbeza. Saya berada di sini untuk membanggakan negara saya dan memenangi pingat.

"Saya akan buat yang terbaik,” katanya penuh bersemangat.

Keadaan itu mengakibatkan lengan Devi tidak terbentuk sepenuhnya.

"Dia baru berusia 17 tahun dan menduduki tempat nombor 1 dalam kategorinya. Dia melepaskan anak panah dengan menggunakan alat bantuan khas. Sungguh menginspirasikan dunia," kata salah seorang ahli Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).

Ia bukan kali pertama Sheetal mencuri perhatian media antarabangsa. Pada Para Asia di Hangzhou, China tahun lalu, Devi menjadi muka depan akhbar sukan tempatan, Asiad Daily.

Dalam perkembangan terbaru, Devi dan rakan senegara, Rakesh Kumar merangkul pingat gangsa dalam acara memanah campuran terbuka campuran di Paralimpik Paris 2024 pada Isnin.