"Lebih kurang period pain je"- 14 jam kontraksi, Neelofa kongsi detik lahirkan Bilal

Iklan
2

PENGALAMAN bersalin berbeza bagi setiap wanita. Ada yang terpaksa menghadapi kesakitan kontraksi berjam-jam lamanya, malah ada yang terpaksa melalui pembedahan kerana komplikasi.

Setelah seminggu melahirkan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal, pengacara dan usahawan, Neelofa berkongsi pengalaman bersalin.

Iklan
Iklan

Mengimbau kembali detik manis itu pada 29 Januari lalu, Neelofa seolah tidak percaya sudah mengalami kontraksi bersalin.

Iklan

Baca juga: Dedah Nama Panggilan Abah Dan Umi, PU Riz Titip Harapan Buat Bilal

Iklan

Malah apabila diajak ke hospital oleh suami, PU Riz atau Haris Ismail, Neelofa ragu-ragu kerana bimbang kontraksi palsu (false alarm). Justeru, dia mencatatkan waktu kontraksi.

Baca juga: Neelofa Selamat Bersalin, Kongsi Nama Putera Sulung

Kongsinya lagi, meskipun tidak percaya apa yang berlaku, menjelang 1.00 pagi, dia sudah memasuki bilik bersalin.

Bekas pengacara Meletop itu berkata dia menahan 14 jam kontraksi sebelum melahirkan Bilal.

"Teman suami sarapan, masa ini sudah lebih 8 jam layan kontraksi..dan enam jam kemudian jam 3.44 petang ALLAH mudahkan segalanya sudah lahirkan Bilal dengan selamat,” titip Neelofa di Insta Story.

Baca juga: Neelofa kongsi foto kamar anak, peminat teruja untuk lihat wajah Bilal

Dalam pada itu, Neelofa turut menzahirkan penghargaan buat suami, PU Riz. Coretnya, ia adalah antara momen terindah sejak bergelar suami isteri.

"Sentiasa ada di sisi, terima kasih suamiku.

"Walaupun mencabar lima hari pertama di hospital, tetapi itu adalah antara hari-hari dan momen terindah bersama suami sepanjang berkahwin,”luah Juara Dewi Remaja 2009/2010 itu.

Neelofa dan Haris selamat bernikah pada 27 Mac 2021.

Empat bulan selepas berkahwin, ketika berita mengenai kehamilannya hangat diperkatakan umum, usahawan itu memilih untuk tidak berkongsi lanjut dan berpendapat lebih baik berkongsi tentang kelahiran.

Baca juga: Tidak nafi atau sahkan berbadan dua, Neelofa mohon doa yang baik-baik

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Instagram Neelofa