Neelofa kongsi foto kamar anak, peminat teruja untuk lihat wajah Bilal

A
A
A

USAHAWAN dan pengacara, Neelofa yang baru sahaja melahirkan cahaya mata pertama 29 Januari lalu mula berkongsi berkenaan bayinya.

Neelofa melahirkan bayi lelaki dinamakan Muhammad Bilal di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.

Baca juga: Neelofa Selamat Bersalin, Kongsi Nama Putera Sulung

Isteri kepada pelakon dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz itu turut berkongsi akan pulang ke rumah pada ruangan di Insta Story.

“Ready to go home!” titipnya.

Neelofa dalam masa yang sama turut berkongsi sekeping foto memaparkan kamar bayi sulungnya itu.

“Bilal’s room,” tulisnya.

Ibu Neelofa, Datin Noorkartini  Noor Mohamed dilihat turut berkongsi beberapa sajian berpantang seperti lauk pauk yang diperap dan bubur nasi yang disediakan untuk Neelofa.

Para peminat teruja dengan perkongsian Neelofa meluahkan tidak sabar melihat wajah Bilal.

-“Alala bilik pun comel belum tengok Bilal lagi.”

-“Tak sabar nak tunggu lihat babynunha.”

-“Ini yg buat aunty-aunty semua bertambah rindu nak tengok wajah baby Bilal.”

Biarpun hampir seminggu dilahirkan, Neelofa dilihat belum berkongsi foto bayinya.

Baca juga: Penyakit ‘ain punca ramai tak tayang gambar bayi. Amal doa pelindung dan langkah berjaga-jaga

Neelofa dan Haris selamat bernikah di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac tahun lalu.

Empat bulan selepas berkahwin, berita mengenai kehamilan Neeofa hangat diperkatakan umum, namun bekas pengacara Meletop! itu memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai status kandungannya dan berpendapat lebih baik berkongsi tentang kelahiran.

Baca juga: Tidak nafi atau sahkan berbadan dua, Neelofa mohon doa yang baik-baik

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Instagram Neelofa, Lofa Page

Foto: Instagram Dr Datin Dr Suhaiza Salleh

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca