MOMEN menyambut kehadiran cahaya mata sulung adalah saat yang menggembirakan bagi setiap pasangan.

Ketika baru memegang tugas dan amanah sebagai ibu dan bapa, kita tentunya mempunyai harapan buat cahaya mata menjadi insan soleh dan solehan serta mentaati perintah ALLAH SWT.

Suami kepada pengacara popular, Neelofa, pelakon dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan PU (Pencetus Ummah) Riz, 26 menitipkan harapan dan doa buat cahaya matanya.

Lebih manis lagi, dalam hantaran di Instagram, PU Riz membahasakan dirinya sebagai Abah manakala Neelofa sebagai Umi.

Baca juga: Neelofa kongsi foto kamar anak, peminat teruja untuk lihat wajah Bilal

Baca juga: Neelofa Selamat Bersalin, Kongsi Nama Putera Sulung

Bersyukur dikurniakan Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 September lalu, PU Riz menyatakan harapan si kecil itu menjadi anak yang soleh.

“Alhamdullillah ALLAH beri nikmat.

“Anak ini adalah aset ke syurga, dengan syarat Umi Abah mencoraknya dengan mentaati perintah ALLAH

“Semoga nanti Bilal boleh baca, tidak ada apa yang abah harapkan daripada adik kecuali menjadi anak yang soleh.

“Semoga ALLAH takdirkan anak Abah ini dalam kalangan para solehin. Lebih baik daripada Abah, insya-ALLAH,” titipnya.

TAAT KEPADA UMI

Dalam pada itu, PU Riz yang juga peserta Pencetus Ummah 2016 Musim 4 turut menyatakan harapan buat permata hati sulung.

“Taat kepada umi kerana ia perintah ALLAH yang selamanya
: وقضى ربك ألا تعبدوا إلا إياه وبالوالدين إحساناً

“Taat ALLAH sepenuhnnya berbuat baik pada ibu bapa. Tinggi kedudukan ibu bapa dalam hidupmnu.

فلا تقل لهما أف ولا تنهرهما وقل لهما قولاً كريماً
“Jangan melawan (jika tidak ada yang bertentangan dengan agama). Cakap baik-baik kepada Abah dan Umi.

BUAT BAIK KEPADA IBU BAPA

رب ارحمهما كما ربياني صغيراً
“Kasihani Abah Umi seperti mana Abah dan Umi kasih padamu.

رِضَا الرَّبِّ فِي رِضَا الْوَالِدَيْنِ وَسَخَطُهُ فِي سَخَطِهِمَا
“Reda ALLAH ada pada reda ibu bapa dan kemarahan Allah pada kedua-duanya jua.

أي العمل أفضل؟ قال: الصلاة على وقتها، قلتُ: ثم أي؟ قال: برّ الوالدين

Iklan

“Manakah amalan yang paling afdal? Kata Nabi solat pada awal waktu / solat pada waktunya. Kemudian apa? Berbuat baik kepada ibu dan bapa.

“Alhamdullillah ALLAH hadirkan insya-ALLAH aset ke syurga. Doa anak yang soleh, itu yang dicari.

أو ولد صالح يدعو له

“Sehinggakan disebut oleh Nabi sebagai satu amalan yang tak putus. Semoga anak Abah jadi orang yang baik, insya-ALLAH,” titipnya.

Baca juga: Penyakit ‘ain punca ramai tak tayang gambar bayi. Amal doa pelindung dan langkah berjaga-jaga

Dalam pada itu, PU Riz meluahkan kegembiraan. Katanya, baru kini dia faham betapa dalamnya kasih sayang ibu bapa setelah memiliki Bilal.

“Baru aku tahu macam mana umi abah aku sayang padaku. Terima kasih ALLAH atas peluang ini.

Iklan

“Sudah jadi ‘bapa-bapa’ pula, cepat dunia berlalu,” titip PU Riz.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Haris dan Neelofa menamakan anak mereka Muhammad Bilal Muhammad Haris yang membawa maksud Yang terpuji, dirahmati dan titisan embun.

Pasangan itu selamat bernikah di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac tahun lalu.

Terdahulu, Neelofa tidak berkongsi lanjut mengenai status kandungannya dan berpendapat lebih baik berkongsi tentang kelahiran.

Baca juga: Tidak nafi atau sahkan berbadan dua, Neelofa mohon doa yang baik-baik

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: @hrisbismail