10 info mengenai pencakar langit ‘Pucuk Rebung’, bakal dijual ratusan juta

Iklan
Gambar hiasan (3)

BAGI yang melalui Lebuhraya Persekutuan, pasti akan melihat Menara Telekom atau TM tatkala melepasi Bangsar.

Iklan
Iklan

Berdiri teguh dengan rekaan simbolik pucuk rebung nan indah, menara berkenaan pernah disenaraikan sebagai bangunan ke-10 tertinggi di Malaysia.

Baru-baru ini, ia tular di laman sosial apabila diumumkan sedia dijual secara rasmi kepada umum.

Menerusi gambar daripada keratan akhbar, menara ikonik itu ditawarkan pada harga RM700 juta.

Iklan

Baca juga: Rekod baru terowong SMART, berjaya lencongkan 5 juta meter padu air banjir, 10 info mengenainya

Iklan

Berikut 10 info menarik mengenai bangunan pencakar langit itu:

1. Ia direka oleh arkitek terkenal, Hijjas Kasturi dari Hijjas Kasturi Associates.

2. Menurut wikiarquitectura.com, struktur lengkungnya yang unik adalah berdasarkan karya pengukir Malaysia, Latiff Mohidin. Pucuk Rebung mewakili sebatang buluh muda dengan asas kukuh pada akarnya dan daun kecil yang tumbuh. Ia imej menjadi mesej unik Malaysia.

3. Menara itu mempunyai 55 tingkat dan dilengkapi helipad.

4. Kerja membinaanya bermula pada tahun 1998 dan siap sepenuhnya pada tahun 2001.

5. Kos pembinaan bangunan itu menelan belanja sebanyak menelan belanja sekitar AS$160 juta (RM 669.6 juta).

6. Ia dirasmikan Tun Dr Mahathir pada tahun 2003.

7. Berkeluasan 92,431 kaki persegi, menara berkenaan memuatkan masjid, klinik, kompleks sukan dan sebagainya.

8. Menara TM mempunyai 1,700 tempat letak kereta dari beberapa pintu masuk.

9. Lokasinya di Bangsar sangat strategik dan dihubungkan dengan transit aliran ringan dan kemudahan pengangkutan awam lain.

10. Menurut Bernama, Telekom Malaysia Bhd (TM) hanya sebagai menyewa bangunan tersebut dan tidak terbabit dengan penjualannya.

Difahamkan syarikat rundingan hartanah, WTW Real Estate Sdn Bhd adalah ejen pemasaran eksklusif bagi menara ke-10 tertinggi di Malaysia itu. Tarikh tutup peringkat pertama bagi jualan nya adalah pada jam 12 tengah hari pada 18 Mac 2022.

Baca juga: 10 fakta mengenai G-Cans, terowong bawah tanah gergasi lindungi Tokyo daripada banjir

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: wikiarquitectura.com, Bernama