JEPUN terdedah kepada pelbagai ancaman bencana alam. Antaranya ialah tsunami, banjir, taufan, gempa bumi, taufan dan letusan gunung berapi.

Setiap kali musim panas, negara itu terdedah bencana banjir dan taufan. Jepun pernah berhadapan bencana Taufan Isewan yang paling teruk pada 1959 hingga mengakibatkan 5,000 penduduk maut.

Manakala pada tahun 1991, negeri matahari terbit itu telah dibadai ribut hingga merosakkan 30,000 buah rumah penduduk.

Susulan itu, kos yang lebih besar terpaksa ditanggung untuk proses pemulihan pasca bencana.

Justeru, pihak berkuasa mengambil langkah melabur untuk perlindungan rakyat yang semakin padat menerusi sistem kawalan banjir paling besar pernah dicipta.

Baca juga: Rekod Baru Terowong SMART, Berjaya Lencongkan 5 Juta Meter Padu Air Banjir, 10 Info Mengenainya

G-Cans atau nama rasminya Terowong Pelepasan Bawah Tanah Luar Kawasan Metropolitan dibina pada tahun 1993.

Baca juga: Sri Muda ‘trending’ di Twitter, keadaan mangsa terkandas, proses menyelamat runtun hati rakyat Malaysia

Setinggi 50 meter manakala ukuran panjangnya 6.3 kilometer (km), berikut 10 fakta mengenainya:

1. Ia dibina di di Kasukabe, sebuah bandar terletak kira-kira 32 km utara Tokyo.

2. Terletak 165 kaki di bawah tanah di antara kedua-dua bandar, seorang pun tidak akan tahu kewujudan terowong raksasa itu di sana.

3. G-Cans mempunyai keluasan sepanjang empat batu secara keseluruhan, menghubungkan silo setinggi 213 kaki yang dengan tangki berukuran hampir 250,000 kaki padu.

4. Empangan Kasukabe disambungkan ke terowong sejauh 6.3 kilometer yang berupaya kapasiti untuk mengalirkan 7,000 kaki padu (bersamaan 198.2 meter padu) air sesaat. Ia setara dengan mengeringkan kolam renang bersaiz Olimpik dalam masa lebih 12 saat sahaja!


5. Air kemudiannya dipam ke dalam Sungai Edogawa yang terletak di pinggir bandar.

Iklan

6. Teknologi Avant-garde ini telah mendapat perhatian seluruh dunia dan telah membingungkan pakar kawalan banjir dari China dan Korea Selatan.

7. Tangki air pelarasan tekanan G-Cans adalah lebih besar daripada padang bola sepak. Ia adalah 177 meter panjang dan 78 meter lebar.

8. Siling tangki air disokong oleh 59 tiang iaitu setinggi 18 meter dan seberat 500 tan setiap satu.


9. Menurut BBC, pembinaan terowong gergasi itu menelan perbelanjaan sekitar AS$2 billion dan mengambil masa 13 tahun untuk disiapkan.

Iklan

10. Kakitangan di Saitama, utara Tokyo akan berada dalam keadaan berjaga-jaga, terutama ketika musim hujan dan taufan Jepun dari bulan Jun hingga akhir Oktober.

Projek G-Cans melibatkan pelaburan yang sangat besar sekali gus menunjukkan komitmen kerajaan Jepun mendapatkan penyelesaian kepada kenaikan paras air semasa banjir.

Sistem terowong berkenaan menerima pengunjung ketika tidak digunakan. Ia bertujuan untuk mempromosikan kepentingan pengurusan bencana.

Baca juga: [FOTO] Suasana banjir menghibakan, makan bercatu, kesejukan, kanak-kanak antara terkesan banjir

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: The New Economy, Media Permata