HomeKisah MasyarakatInspirasiRekod baru terowong SMART,...

Rekod baru terowong SMART, berjaya lencongkan 5 juta meter padu air banjir, 10 info mengenainya

BENCANA banjir yang terjadi di Lembah Klang benar-benar di luar jangkaan semua.

Taburan hujan sebulan turun dalam masa 24 jam iaitu pada 17 dan 18 Disember, hanya berlaku 100 tahun sekali!

Perkara itu didedahkan Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang.

“Taburan hujan 24 jam di Sentul sebanyak 363 milimeter, di tempat lain seperti di Kilometer 11 daerah Gombak sebanyak 247 milimeter, di Jinjang 258 milimeter dan di Jalan Tun Razak 273 milimeter.

“Berbanding keseluruhan taburan hujan di kawasan kira-kira 2400 milimeter setahun. Tetapi semalam jumlah hujannya dalam masa sehari bersamaan lebih sebulan, ini sesuatu di luar jangkaan, perkara ini berlaku lebih 100 tahun sekali, katanya kepada portal berita tempatan.

Baca juga: Selesai Cuci Rumah Boleh Masuk Kerja, Mangsa Banjir Dapat Cuti Kecemasan, Bantuan RM1,000

Dalam menangani masalah banjir, binaan Terowong SMART berjaya melencongkan lima juta meter padu air banjir.

“Bayangkan kalau ada lagi lima juta meter padu jika tidak dilencongkan, kalau ikut pengiraan memang Kuala Lumpur akan tenggelam,” katanya mengenai lencongan yang diaktifkan pada jam 7.45 malam Sabtu.

Lencongan SMART telah mula diaktifkan sehingga mod 4 pada jam 7.45 malam, 18 Disember 2021 sehingga jam 12.00 tengah hari 19 Disember. Lencongan telah diturunkan kepada mod 1 dengan sebanyak 5 juta meter padu air berjaya dilencongkan.
Kesemua air yang dilencongkan dari Sungai Klang, dan Sungai Ampang, ke Kolam Takungan Taman.
Tambah Zaini, sejak dibina pada tahun 2007, ia merupakan pertama kali proses lencongan dijalankan melebihi tiga jam. Pada operasi mod 4, operasi lencongan telah berlangsung selama 22 jam!

Baca juga: Sri Muda ‘Trending’ Di Twitter, Keadaan Mangsa Terkandas, Proses Menyelamat Runtun Hati Rakyat Malaysia

Tentu ramai tertanya apakah sebenarnya terowong SMART, berikut 10 info mengenai binaan itu.

1. Terowong SMART adalah singkatan kepada Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Stormwater Management and Road Tunnel).

2. SMART merupakan suatu struktur jalan dan perparitan yang terletak di Kuala Lumpur dan merupakan projek kebangsaan.

3. Terowong ini telah dibuka kepada lalu lintas pada 7 April 2007.

4. Terowong berkenaan ialah sepanjang 9.7 kilometer tetapi laluan untuk kenderaan hanyalah 3.3 kilometer.

5. Ia merupakan terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia.

Iklan

Baca juga: Hulu Langat Ibarat Dilanda Tsunami, 10 Hilang Di Pahang. Ini Keadaan Terkini Banjir Seluruh Negara

6. Objektif utama terowong ini adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur.

7. Disamping itu, ia bertujuan mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu puncak.

8. SMART mempunyai dua dek laluan sehala bagi kenderaan manakala ruang paling bawah adalah untuk laluan air.

9. Terowong itu bermula di tasik Kampung Berembang berdekatan dengan Sungai Klang di Ampang dan berakhir di tasik Taman Desa berdekatan Sungai Kerayong di Salak Selatan.

Iklan

10. Terowong SMART direka bentuk bagi kegunaan kenderaan ringan dengan ketinggian maksimum dua meter serta had laju yang ditetapkan adalah 60 kilometer sejam.

Dalam kejadian banjir kilat Sabtu lalu, selain terowong SMART, sejumlah aset seperti rumah pam turut beroperasi pada kadar maksimum yang sekali gus membolehkan banjir besar dielakkan di bandar raya Kuala Lumpur walaupun hujan lebat secara berterusan.

Baca juga: Kereta Tenggelam Banjir, Jangan Hidupkan Enjin. Lakukan 9 Tip Ini

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Public Health Malaysia

Artikel Menarik

Terkini

Dari Penulis

Terjunam selepas berlanggar di udara, 2 helikopter TLDM terhempas di Lumut, Perak, 6 info berkaitan

DUA buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilapor terhempas...

Sempoi jer stail jutawan pergi umrah, ramai doakan Khairul Aming dapat ibadah mabrur. Netizen sempat kirim doa kurus

NAMPAKNYA ramai selebriti dan pempengaruh media sosial mengambil peluang keemasan selepas...