Tahniah! Ernie Zakri juga selamat bersalin tarikh 22022022

Iklan
ERNIE SYAMEL

PENYANYI dan pelakon, Ernie Zakri telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada tarikh keramat 22 Februari 2022 atau 22.02.2022.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Syamel dan Ernie menerusi akaun media sosial mereka.

Iklan
Iklan

Difahamkan bayi perempuan mereka selamat dilahirkan pada jam 10.14 pagi tadi di sebuah pusat perubatan.

"Syukur alhamdulillah. Cinta hati daddy dan ibu telah selamat dilahirkan pada 22 Februari 2022 pada pukul 10.14 pagi tadi. Senang daddy ingat tarikh hari jadi.

Iklan

"Doakan kesihatan anak solehah kami dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmat-Nya,” tulisnya ringkas beserta foto bayi mereka yang masih belum didedahkan wajahnya.

Syamel dan Ernie diijabkabul 26 Mac tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Iklan

Selain Ernie, antara lain yang menimang cahaya mata hari ini adalah penyanyi, Kaka Azraff dan Datuk Jamal Abdillah.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!