PENYANYI Kaka Azraff selamat melahirkan cahaya mata kedua yang juga bayi lelaki di salah sebuah pusat perubatan di ibu negara pada pukul 12.05 malam, pada Selasa.

Menariknya, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff selamat bersalin pada tarikh cantik 22 Feb 2022 atau dipanggil palindrom dan ambigram iaitu tarikh yang dibaca sama ada kiri ke kanan atau kanan ke kiri.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri suaminya, Adam Azrif menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya.

“Alhamdulillah. Terima kasih pada semua yang mendoakan. Bayi dan ibu berada dalam keadaan baik. Bayi lelaki saya juga sihat dan kuat,” tulisnya.

Sementara itu, Kaka, 33, menerusi Twitter turut rasa syukur selepas selamat menimang cahaya mata kedua.

Iklan

“Syukur pada Allah SWT. Secara rasminya saya kini ibu kepada dua orang cahaya mata,” katanya.

Iklan

Kaka mendirikan rumah tangga bersama Adam pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Aslan yang kini berusia dua tahun.