Datuk Jamal timang anak kelima pada usia 63 tahun, tercapai pilih tarikh cantik

Datuk Jamal timang anak kelima pada usia 63 tahun, tercapai pilih tarikh cantik
Datuk Jamal timang anak kelima pada usia 63 tahun, tercapai pilih tarikh cantik
A
A
A

DALAM usia 63 tahun, penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah dikurniakan anak kelima bersama isterinya, Zai Izzati Khiruddin, 27, yang selamat bersalin pada hari ini.

Bayi lelaki yang diberikan nama Iskandar Rayyan Yamani itu lahir secara pembedahan dengan berat 2.84 kilogram.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Perkara itu dikongsi penyanyi lagu Kekasih Awal dan Akhir itu di laman Instagram miliknya sebentar tadi.

"Alhamdullilah telah lahir anak lelaki saya. Mohon doa semoga menjadi anak yang soleh, Amin.

"Alhamdulillah, selesai sudah. Gementar sehinggakan azan pun tersasul. Terima kasih semua," coretnya.

Kelahiran bayi lelaki itu sekali gus memenuhi impian pasangan berkenaan yang sebelum ini memilih tarikh cantik 22 Februari 2022 untuk melahirkan anak menerusi pembedahan.

Terdahulu, Jamal dan Zai berkahwin pada 1 April 2017.

Baca juga Tarikh cantik, Kaka Azraff selamat bersalin anak kedua

Anak pertama mereka, Nur Azura Yamani dilahirkan pada 10 Oktober 2019 dan diikuti El Isaac Yamani pada 11 November 2020.

Jamal juga memiliki dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 16.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca