#Earthquake trending, gegaran gempa bumi di utara Sumatera dirasai hingga ke lima buah negeri

Iklan
2

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.1 di Utara Sumatera, Indonesia pd 9.39 pagi, 25 Feb 2022.

Pusat gempa bumi terletak 0.2° Utara & 100.0° Timur dengan kedalaman 10 km iaitu 76km BL dari Payakumbuh, Indonesia. Met Malaysia melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Iklan
Iklan

Susulan gempa yang kuat, gegaran dapat dirasai di bahagian barat semenanjung terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Iklan

Menerusi hantaran berserta ‘hashtag’ #earthquake yang menjadi trending di laman sosial, warganet berkongsi pengalaman kejadian berkenaan.

Iklan

Manakala antara kawasan yang turut merasa gegaran berkenaan ialah Kuala Lumpur, Putrajaya, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.

-"Ingatkan pening kepala sebab lewat sarapan ,rupanya kecoh jiran pakat keluar dari kawasan rumah. Kuat juga bergoyang di Hulu Langat.”

-"Patutlah bergegar tadi. Sudahlah tinggal di rumah flat.”

-"Saya ingatkan pening kerana tekanan darah rendah rupanya gegaran gempa bumi.”

-"Saya letakkan TV di atas sofa, saya lihat ia bergerak. Sama juga dengan rel langsir."

-"Aku rasa gempa bumi di Shah Alam dalam lima saat Agak kuat dan meja aku bergoyang. Apa yang terjadi?”

Terdapat perkongsian di mana pekerja meninggalkan premis susulan gegaran berkenaan.

Lapor CNN Indonesia, wilayah Sumatera Barat digegarkan dengan dua gempa bumi kuat.

Menurut Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik Indonesia (BMKG), gempa pertama berlaku dengan kekuatan 5.0 skala Richter pada jam 8.35 pagi waktu tempatan.

Manakala gempa kedua pula berlaku empat minit kemudian iaitu pada jam 8.39 pagi dengan magnitud 6.2 Richter.

Sama-samalah kita berwaspada dan berjaga-jaga. Dapatkan info terkini daripada pihak Jabatan Meteorologi.

Baca juga: Patutlah Bergegar! Dirasai Hingga Ke Selangor, KL, Gempa Bumi Landa Utara Sumatera

Baca juga: Gempa Bumi Landa Indonesia, Tidak Cetus Amaran Tsunami, Berikut 9 Fakta Berkaitan

Baca juga: Ipoh, Gua Musang Bakal Gempa Bumi 16 Minit? Ini Kupasan Geologi Malaysia

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!

Sumber:">Bernama, CNN Indonesia